7 August 2014

Cotton Soft Japanese Cheese Cake..

Entry kali berkenaan dengan percubaan aku membakar ' Cotton Soft Japanese Cheese Cake '.. Bakar kata nyerr kann.. Bukan **kita bakor.. kita bakor.. yerkk.. **Anyway resipi nyerr simple sangat.. Bahan pun mudah dan ringkas..

Bahan A:
1) 250gm cream cheese
2) 50gm butter (butter cup pon sodap)
3) 100ml susu segar ( full cream pon boleh)
4) 6 biji kuning telung ( putih di asingkan untuk meringue)
5) 1 sudu perahan lemon
6) 1/4 sudu kecil garam
7) 60gm tepung Super Fine
8) 20gm tepung jagung

Bahan B:
1) 140gm gula halus
2) 6 biji putih telur
3) 3/4 sudu kecil perahan jus lemon

Helaian resipi wajib ada.. takut terlupa derr.. :)

Masukkan butter.. Cream Cheese.. Susu..

Kemudian gunakan 'double boiler method'
Kemudian pastikan ketiga-tiga bahan ini cair sepenuhnya.. tanpa ada bintik2 yang degil.. Biarkan sejuk seketika.. Kemudian masukkan tepung super fine yang telah di ayak.. Kacau gunakan spatula/ whisker.. di ikuti dengan tepung jagung.. make sure di ayak juga yerkk.. kacau lagi.. kemudian masukkan kuning telur.. dan kacau lagi sampai sebati.. then masukkan jus perahan lemon.. kemudian garam.. siap untuk Bahan A.



 Untuk Bahan B pula.. pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan yang sangat tinggi.. pukul untuk jangka masa 10-15 minit.. kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit.. kemudian masukkan perahan jus lemon..

Pukul sehingga ada tanduk macam nie..

Tanduk yang terhasil menunjukkan meringue anda menjadi..

Kemudian masukkan bancuhan Bahan B ke dalam bekas bancuhan Bahan A.. Kaup balikkan bahan2 ini dengan perlahan2.. pastikan satu hala/arah jerk tau!!!



Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150-160 darjah celsius.. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dah disapu dengan butter disekeliling nyerr.. masukkan loyang tersebut diikuti air yang betul2 mendidih di dalam dulang yang terletak di bawah loyang (seperti gambar di atas).. Kita gunakan 'bain marie a.k.a waterbath method'..

Selepas dah masak.. biarkan penutup oven terbuka 10 minit.. barulah keluarkan loyang kek tadi.. 

Selamat mencuba...


p/s: ngantuk siot.. nak update nie pun dah rasa malas.. anyway.. kalau ada pertanyaan ataupun ada benda yang tak faham.. email lerr yo.. azhaari@icloud.com

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.