Seawal
pagi tadi dah dapat sms dari Abang Izwan.. Abang angkat aku kat penang.. Dia
ajukan pertanyaan berkenaan dengan RTM ** Refer to Magistrate**..
Pendahuluan
Sudah menjadi lumrah.. Apabila kita ingin menjual tanah..
Keuntungan dan tawaran yang lebih tinggi adalah menjadi sasaran utama.. Ali
telah mengiklankan hasrat beliau untuk menjual tanah berkenaan.. Selang
beberapa hari.. Ali telah dihubungi En Rizwan.. dengan menawarkan harga 100K..
Ali menyuarakan yang ia perlukan masa untuk berfikir.. Dalam tempoh berfikir
itu.. Ali telah didatangi oleh En Nizam dengan menawarkan harga sebanyak 200K..
Harga berkenaan lebih tinggi daripada harga sebelum ini.. Dengan itu, Kata
sepakat telah dicapai.. Ali telah membuat keputusan untuk menjual tanah
miliknya itu kepada Nizam dengan harga 200K.
Permasalahan
Proses penjualan tanah tidak berjalan seperti yang
dirancang.. Ini kerana.. Tanah berkenaan telah di'kaveat'kan oleh Rizwan..
Dimana dalam 'Kaveat' berkenaan menyatakan Ali telah bersetuju untuk menjual
tanah berkenaan kepada Rizwan.. Ianya juga menyatakan bahawa Rizwan telah
membayar wang pendahuluan bagi harga tanah berikut.. Ali terkejut kerana
seingat beliau.. Ali tidak menerima sebarang transaksi pembelian tanah dan dia
tidak pernah berjanji untuk menjualkan tanah berkenaan kepada Rizwan.. Ali
membuat laporan polis kerana mempercayai ada unsur penipuan dan cuba
memperbodohkan kerajaan dengan 'kaveat' palsu..
Kepentingan Laporan Polis
Dalam mana-mana situasi seperti kemalangan, kematian,
kecurian atau apa jua keadaan. Laporan polis yang dibuat perlu JELAS.. Tujuan
laporan dibuat.. Pihak / harta benda yang terlibat.. Fakta seperti masa, tarikh
dan tempat kejadian.. Jika ianya untuk siasatan.. Penutup bagi laporan
berkenaan perlulah seperti ini " Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk
siasatan pihak polis.. Sekian laporan saya.." dan sekiranya ianya adalah
sebagai peringatan.. Ianya juga perlu dinyatakan seperti ini " Tujuan
laporan ini dibuat adalah sebagai peringatan di masa akan datang. Sekian laporan
saya".. Begitu juga dengan tuntutan insurans sekiranya terlibat dalam
kemalangan.. Untuk kes di atas.. Ianya kurang jelas.. Laporan hanya menyatakan
beliau mempercayai ada berlakunya penipuan dalam 'kaveat' yang dibuat oleh
Rizwan.. dan disebabkan itu.. Pegawai penyiasat telah mengeluarkan nota
"RTM" Refer to Magistrate..
RTM
Apabila RTM.. Kes ini hendaklah dihujahkan dihadapan
Majistret.. Ali sebagai 'Plaintif' perlu membuktikan berlakunya penipuan
terhadap 'kaveat' berkenaan.. Ali boleh melantik peguam sebagai wakilnya untuk
mendakwa Rizwan.. Sekiranya terbukti penipuan berkenaan.. Majistret akan
mengeluarkan perintah tangkapan ke atas Rizwan untuk mendapatkan keterangan
beliau..
Apa itu 'Kaveat'??
'KAVEAT' bermaksud sekatan
atau halangan.. Ianya adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan
oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga
hartanah miliknya.
Terdapat 4 (empat) jenis
kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)
i) Kaveat Pendaftar - Kaveat yang didaftarkan
oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik.. Menurut Seksyen 320.. Antara tujuan
kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga
berkaitan dengan hak-hak kerajaan.. Ianya juga untuk menghalang dari perbuatan
/ urusniaga 'fraud' ataupun urus niaga yang tidak wajar..
ii) Kaveat Persendirian- Kaveat yang dimasukkan
oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan
hartanah tersebut.. (Seksyen 322)
iii) Kaveat Pemegang-Lien- Kaveat yang dimasukkan
oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik
Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan
pinjaman bank.. (Seksyen 330)
iv) Kaveat Amanah- Kaveat ini dimasukkan
oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke
atas milikan tersebut.. (Seksyen 332)
Kesan Kaveat dari segi
Undang-undang ?
Kesan dari segi
undang-undang adalah apabila dimasukkan 'kaveat' ke atas sesuatu hartanah itu..
Ianya akan menghalang apa-apa jua urus niaga daripada berlaku seperti menjual..
menggadai atau menyewakan hartanah tersebut..
Bagaimana Kaveat Terbatal
?
'Kaveat' hanya akan terbatal
apabila individu yang memasukkan kaveat itu menarik kembali kaveatnya ataupun
apabila kaveat telah tamat tempoh.. Contohnya 'kaveat' persendirian ianya hanya
bertahan selama 6 tahun..
Siapa boleh lakukan Kaveat
?
Suami / isteri.. Bank..
adik beradik.. adalah individu yang boleh melakukan 'kaveat'..
Mana-mana pihak yang
merasakan dirinya ada kepentingan terhadap sesuatu hartanah.. Sama ada tanah
atau bangunan.. Dia berhak untuk masukkan 'kaveat' bagi melindungi hak dan
kepentingannya..
Sebagai contoh di atas..
Rizwan mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk membeli tanah Ali.. Yang
telah menyebabkan kesukaran kepada Ali untuk menjual tanahnya kepada pihak
lain..
Sekiranya satu urusan
pusaka belum selesai.. anda juga boleh melakukan 'kaveat' untuk mengelakkan
sebarang salah laku pecah amanah..
Suami isteri yang sedang
dalam proses cerai juga boleh memasukkan 'kaveat' bagi mengelakkan apa-apa
transaksi.. sementara mahkamah memutuskan pembahagian harta sepencarian..
Selain itu.. pihak bank
juga berhak memasukkan 'kaveat' sekiranya mendapati peminjam mencagarkan harta
mereka untuk mendapatkan pinjaman.. Di situ terdapat kepentingan terhadap pihak
yang meng'kaveat'kan hartanah itu..
Cara untuk Melakukan
Kaveat
Cara untuk melakukan
kaveat hanya perlu berurusan dengan pejabat tanah sahaja.. Memandangkan
hartanah yang dikaveatkan tidak boleh dibuat sebarang urus niaga (jika
kaveat tidak tamat tempoh atau ditarik balik)..
Oleh sebab itu, adalah
suka untuk dinasihatkan agar anda perlu membuat semakan / carian persendirian
di pejabat tanah sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah itu..
Kalau anda ingin membeli
rumah lelong yang ada kaveat.. ia agak merumitkan keadaan kerana ia boleh
tergadai semula.. untuk mengeluarkan kaveat ini.. ianya mengambil masa selama 2
bulan... sebab itu jika membeli rumah lelong.. tempoh masa diberikan 90 atau
120 hari.. Untuk permohonan mengeluarkan kaveat..
Sekiranya transaksi anda
terhalang disebabkan wujudnya kaveat.. maka pemilik tanah atau mereka yang
menentang kaveat itu perlu membawa perkara ini ke mahkamah dan mendapatkan
perintah mahkamah untuk menyelesaikan isu kewujudan kaveat di atas hartanah
tersebut.. Dalam hal ini.. anda dinasihatkan untuk melantik peguam bagi
mewakili anda.. (seperti kes di atas)..
Harus diingat!! Peguam
yang anda lantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli anda hanya akan
mengendalikan Perjanjian Jual Beli dan / atau untuk mengendalikan pindah milik
hartanah yang anda beli.. Sekiranya ada masalah mengenai isu kaveat, anda boleh
melantik peguam yang sama untuk mengendalikan isu kaveat ini (sekiranya peguam
tersebut bersetuju) atau anda boleh melantik peguam lain.. Ini bermakna ada
anda perlu menanggung kos guaman secara berasingan dalam hal ini.. Kos guaman
dalam hal ini adalah berbeza.. bergantung kepada peguam / firma yang
mengendalikan perkara ini.. Untuk mengelakkan sebarang masalah, adalah lebih
baik jika anda mendapatkan “quotation” sebelum melantik peguam mewakili anda..
p/s: sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.. boleh hubungi
mana-mana pejabat peguam atau mana-mana cawangan Jabatan Bantuan Guaman untuk
mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut..
1 comments:
Casinos in South Africa - Mapyro
Casinos 이천 출장마사지 in South Africa · Betsoft 영천 출장마사지 Betsson; LeoVegas; NetEnt; 의정부 출장샵 Betsson; 오산 출장마사지 Betsoft; 순천 출장샵 Nolimit City; Betway; Betway; 1xbet.
Post a Comment