Showing posts with label Sengal. Show all posts
Showing posts with label Sengal. Show all posts

6 August 2018

Lamanya bersawang!!

0 comments
Tiber hari nie aku tergerak hati nak jenguk blog nie.. Wah.. Last entry 2017.. Giler kentang.. Tapi kan.. Masih ada juga pelawat.. Maybe disebabkan contain dalam blog nie deme cari kat google engine.. Rasa nyer lepas nie aku nak aktif semula dalam blog nie.. Almaklumlah.. Dalam nie boleh membawang.. Hahaha.. Tiada siapa yang kenal siapa aku sebenarnya.. 

Cuma hari nie agak stress.. Orang lain wat master.. Aku sekali terjebak dalam thesis dia.. Ingatkan setakat proofreader jerk.. End up kena tolong betulkan semua..

Manusia.. Selalu ambil kesempatan atas orang lain..

Ok laa.. Prepare nak balik dan hadap jammed yang maha sesak.. Hahaha.. Maaf.. Tergunakan perkataan "MAHA".. 

Cau sin chi..
Daaaa...

8 May 2014

Luahan perasaan.. Mengong..

1 comments
Salam khamis...

Saja nak luahkan perasaan.. Kemungkinan ada yang boleh beri nasihat kat aku.. hehe.. ( pasal present dan birthday yang lepas akan aku update selepas entry ini.. )

Alkisahnya macam nie.. Jabatan aku yang berpusat di Putrajaya.. Ada beberapa staf/ pegawai nie adalah anak kepada 'Top Management' @ 'Anak2 Jus' ( Terma nie merujuk kepada anak2 Jusa A,B & C a.k.a Jawatan Utama Sektor Awam ) yang sama level/ gred dengan kami.. 

Ada minah nie.. Anak Jus.. Telefon dan argue sana-sini.. Bila dah explain dengan panjang lebar disertakan 'black & white'.. Masih lagi cuba mempertikaikan kesahihan perkara tue.. Diakhir perbualan.. minah itu melontarkan bait ayat 'I'll ask my father about this' (merujuk kepada bapak dia yang merupakan pegawai atasan kepada pengarah aku..) .. Terkulat2 aku mendengar di hujung talian telefon.. Aiyookk.. Ini macam pun ada kerr?? Aku muhasabah diri seketika.. Dimana silap nyerr penerangan yang aku berikan?? Tapi.. Ada aku kesah?? Haha..  Ini lerr susah nyerr bila anak dan bapa/ mak satu Jabatan yang sama.. Apatah lagi jika mak/bapa berkenaan memegang jawatan tinggi sedikit yang boleh melayakkan kita dibawah nie dilenyek seperti kentang putar..


3 December 2012

Sedih..

0 comments
Hurmmm.. X tahu nak luahkan bagaimana.. Adakalanya Allah datangkan seseorang dalam hidup kita untuk ajar bagaimana utk kita teruskan kehidupan.. Berikan kekuatan.. Berikan kegembiraan.. Jadikan kehidupan harian kita lebih ceria dan bermakna.. Dan adakalanya datang untuk menguji ketabahan kita.. Hidup sememangnya kompleks.. Bergantung kepada kita bagaimana untuk mengharunginya dan menyelesaikan apa jua masalah yang tiba sama ada ianya disebabkan perlakuan kita ataupun orang disekeliling kita..


Hurmmm.. Orang selalu kata kat aku ' awak bijak menyusun kata2.. petah berbicara '.. tapi bab perasaan nie aku memang failed.. Huhuhu..


Huhu.. Sedih.. Sedih.. Rindu mak.. Rindu abah.. Mak dan abah jugak lerr orang yg sayang kat aku.. Faham apa yang aku rasa.. Huhu.. Nak balekkkkkkkkk..



26 August 2012

Alhamdulillah...

0 comments
Hurmmm.. Baru selesai packing barang untuk balik esok ke Sabah.. Syukur alhamdulillah segala rancangan bercuti raya dah selesai.. Segala janji, harapan dan impian orang lain mahupun sendiri telah pun lunas.. Paling penting ' rendang ayam ' dan ' ayam masak kicap ' dah pun tertunai.. Hahaha.. Maaf lerr kalau kurang sedap.. Tapi habis gak di makan oleh abang aisar dan abang mat..

Actually esok macam tak nak balik.. tapi keja dah menunggu untuk diselesaikan.. Hehehe.. Lagipun office dah call untuk minta aku agar 'tak bercuti' kecemasan.. Hahaha.. Esok flight jam 3.30pm.. Breakfast esok pagi nak buat nasi lemak.. Tapi santan tak beli lagi.. Maybe esok bangun dan beli kat bawah nie jerk kot.. Kalau bangun awal lerr.. Kalau tak.. Nampak nyerr kena lerr breakfast kat Mimpi Muar.. Laksa Johor yang amat sedap..

Hurmm.. Ok lerr.. Nak cuba untuk melelapkan mata.. Selamat malam semua.. Have a good dream.. =)

25 August 2012

Semua dalam satu..

2 comments
Alhamdulillah.. Masih lagi bernyawa di Bulan Syawal 1433H.. Terima kasih ya allah.. Raya tahun nie dapat beraya bersama keluarga baru.. Terima kasih kerana menerima kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga mak abah..

Sebenar nyerr aku dah lama tak update blog nie sebab nyerr aku sangat lerr sibuk.. Itu adalah salah satu sebab nyerr.. Selebih nyerr biar lerr aku rahsiakan.. Untuk 'entry' kali nie.. Aku nak sentuh sedikit mengenai 'Tolong Menolong'.. Tiada niat untuk menyinggung mana2 pihak.. Sama ada secara langsung atau tak langsung.. Hanya untuk renungan bersama agar tak menindas orang lain..

Tolong menolong adalah satu amalan atau perbuatan yang dituntut dalam islam mahupun agama lain.. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan berbeza-beza.. Kelebihan kita dalam sesuatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukannya.. Tapi itu tak bermakna kita dibolehkan untuk mengambil kesempatan atas kelebihan tersebut..

Sebagai contoh, sekiranya kawan memerlukan pertolongan dari segi kewangan.. Kita cuba bantu yang mana terdaya dengan syarat wang yang dipinjam hendaklah dipulangkan.. Yerr lerr.. Dah pinjam.. Kena pulangkan semula.. Bila proses nie berlaku.. secara tak langsung 'janji' telah termeterai.. So.. kita dah 'pinjam' dan 'janji'.. Bermakna perkara tersebut adalah wajib untuk si peminjam laksanakan.. Adakala nyerr si 'peminjam' perlu meletakkan diri nyerr di tempat orang yang memberikan pertolongan tersebut.. Adakah dengan pertolongan yang diberikan itu tidak akan menyusahkan atau membebankan dia.. Pertolongan ini tidak terhad kepada kewangan sahaja.. Malahan pertolongan dari segi tenaga juga tergolong dalam tue..

Hurrmm.. Aku nak kupas lebih mendalam lagi.. Tapi memandangkan mata dah letih dan tenat sangat.. Aku amat berharap sekiranya di masa akan datang aku dapat memberikan pertolongan kepada yang memerlukan dan berharap sekiranya di masa akan datang aku mengalami kesulitan agar ada pertolongan dari Allah untuk memudahkan segala nyerr untuk ku..


p/s: Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

27 March 2012

Ntah apa apa tah..

0 comments
Hurmm.. Actually ari nie dalam mood sedih.. Yerr lerr.. Sedih untuk pelbagai perkara.. Antara nyerr, sedih ngan organisasi office yang bercelaru sedikit.. Yerr lerr.. Selalu sangat xde kat office.. Bila balik dan duduk lama sikit.. Baru realize.. Office boy kitaorang dah tak ambil surat dari tray kitaorang utk hantar ke pejabat pos.. Bukan setakat tue.. Office boy dah boleh duduk kat kaunter depan tue sambil layan FB.. Ewahhh.. Cantik tull perangai.. Bila tanya kat officemate.. Diorang kata big boss yang suruh..Huhuhu.. Nak ngadu kat siapa lerr kan.. Nak tak nak.. Segala envelope dan box2 tadi hantar sendiri kat pejabat pos.. Huhuhu.. Sengal.. Cacat tull office boy nie.. Huhuhu..

Awal pagi tadi aku banyak baca dan artikel tentang 'Syukur'.. Hurmm.. Banyak jugak lerr yang menyedarkan aku.. Adakalanya aku beranggapan aku lah yang paling susah sebab sentiasa didampingi dengan masalah yang tak pernah surut.. Sentiasa datang selepas satu masalah selesai.. Dalam artikel tue menyatakan bahawa segala permasalahan dan dugaan nie untuk mensucikan segala dosa dan mengingatkan lagi kita kepada NYA.. Alhamdulillah.. Aku bersyukur.. Walau macam mana susah sekali pun.. Aku still dapat survive sehingga hari nie.. Dan aku amat berterima kasih kepada NYA kerana memberikan aku sahabat dan teman untuk aku terus tabah dan menempuh hari yang mendatang..

Aku amat berharap dan terus berharap agar semua masalah ini dapat aku selesaikan dengan segera dan berdoa agar segala-galanya dipermudahkan oleh Allah..

12 March 2012

Tentang sesuatu....

0 comments
Hurmmm.. Hari nie aku free.. free dari tugas2 harian sebagai penjawat awam.. So bila free.. Banyak lerr mende yang tak penting aku buat.. Dalam khusyuk membaca berita harian online.. dapat lerr beberapa call.. paling menarik perhatian.. ada seorang kawan nie.. baru jerk start couple setelah break up 1 tahun.. Dia mempunyai masalah dimana BF nyerr menggunakan panggilan yang pernah dia gunakan untuk GF lama nyerr.. Pada mula nyerr si kawan nie x kesah.. tapi lama kelamaan.. dia terasa macam BF dia tue tengah bercinta ngan GF lama bukan nyerr dia.. So si kawan nie nak minta tips apa yang perlu dia lakukan..

Ntah lerr.. bagi panggilan tue biasa jerkk.. janji perasaan nyerr.. walaupun dia panggil ko ' sayang kerr.. ayang kerr.. baby kerr.. bubu kerr..' tapi perasaan cinta dan sayang nyerr tetap pada ko.. unless kalau dia implement panggilan tue utk mengingatkan dia pada si ex-GF..

apa2 pun bawa lerr berbincang.. sekurang2 nyerr.. bila ada explanation hati pun tenang walaupun ianya pahit..

22 February 2012

Sakit...

0 comments
Hurmmm.. Lately nie sll sangat sakit.. demam.. batuk.. dsb.. eh.. kira semua tue sakit lerr kan.. Masuk minggu nie dah genap aku bercuti sakit selama 4 minggu.. Kengkawan kat office dah tertanya2.. Senior Officer dah banyak yang bersuara bertanyakan khabar dan perkembangan.. Ada yang send email.. sms.. dan x kurang jugak yang call personally utk dapatkan info yang benar.. bukan auta tau!! hikss..

Pagi tadi ambil darah untuk tiroid.. pastue pi derms.. then pi ent.. dan hasil nyerr.. 3 bag plastik yang penuh dengan ubat-ubatan.. hahaha.. shopping ubat jap kat Hospital Queen Elizabeth.. Huhuhu..
Apa2 pun.. terima kasih pada doktor.. nurse..sister.. matron dsb kerana memberikan perkhidmatan yang cemerlang dan terbilang pada saya.. Walaupun pada awal pagi dapat berita ada seorang keluarga pesakit call hospital dari jam 8 pagi till 11 pagi xde operator yang layan.. pelik gak.. ntah2 mamat/minah tue call hari sabtu or ahad kottt.. Dunia oh dunia.. hiksss... =)

19 February 2012

Rasa Kehilangan...

0 comments
Hurmmm.. tetibe rasa sedih sbb adik dah balik kampus.. 3 minggu kami abihkan masa yg berkualiti.. suka duka bersama.. huhu.. Alhamdulillah segala kehendak dan keperluan nyerr dapat aku penuhi..

16 February 2012

Homesick... Jet Lag..

0 comments
Hurmmm... 2-3 hari nie mmg susah nak lena.. X tau nak wat apa.. Try gak telan ubat tido.. Alhamdulillah berkesan.. Kena susun semula rhythm tido aku.. Yerr lerr.. Kat semenanjung mula gelap selepas kul 8 malam.. kat sabah kul 6 lebih dah senja.. huhuhu..

Masa kat JB dan KL aku masuk tido jam 2-3 pagi.. mana tak nyerr dah jadi kebiasaan lerr lak kan.. Huhuhu... Bila dah sampai sabah.. Jadi bercelaru sket.. Pastue aku rindu kat mak abah di JB.. Huhuhu.. Rindu iskandar.. azim.. umairah.. afifah.. izzudin yang putih gebu.. anak abg hashim yang sakit ari tue.. nama dia x hengat sangat.. 2 ari kat JB ngn budak2 nie cukup ceria suasana rumah tue.. Dah tue 1st time rasa macam ada adik beradik sendiri yang gitu ramai.. ada shamin.. shukri.. abg hadi.. abg hashim.. abg hafiz.. abg noor.. kak elis.. kak fiza.. kak nora.... Borak2 till lewat malam...

Walaupun masa agak terhad di sana.. tapi kesan tue sampai lerr ke ari nie.. adoiii.. homesick sangat aku nie.. Harap cepat lerr aku dapat hilangkan perasaan nie.. Aku nak fokus dan dah nak mula study.. x sabar nak mula bergelar pelajar dan pekerja..

semoga di depan sana ada rezeki yang melimpah ruah untuk aku dan keluargaku.. dan lindungi lerr kami semua daripada kesusahan dan kesukaran hidup.. amin ya rabbal alamin...




p/s: baru jerk bangun tido kul 12 tadi.. hehehe.. ala.. start tido pun lepas subuh tadi...

11 February 2012

GPS rosak... Aku sesat!!!!

0 comments
10hb Februari 2012 merupakan hari yang sangat malang pada aku.. yerr lerr.. aku berada kat KL untuk tujuan rasmi dan peribadi.. Pada mula nyerr aku tak dimaklumkan pun yang set GPS kepunyaanku sebelum nie dah rosak.. Dengan bangga nyerr aku hantar orang ke tempat meeting dan aku pun menuju ke pejabat kat Putrajaya.. Sekali nyerr aku terkejut.. Jalan yang aku lalui dari Cyberjaya tue dah menuju ke Dengkil.. walhal GPS nyerr direction toll lerr..

Adjust sana sini.. tup2 tgk current location.. eh.. location nyerr x accurate.. GPS aku ROSAK.. huhuhu.. berhenti jap kat tepi jalan.. masa nie mmg cuak tahap gaban.. Try lerr call kengkawan yang aku kira boleh tolong.. huhuhu.. hampa.. semua tgh busy.. yerr lerr.. diorang keja.. jumaat lak kan.. huhuhu.. ikhtiar punya ikhtiar.. teringat kat handphone HTC aku... godek2 lerr kat dalam tue.. alhamdulillah.. ada GPS nyerr software.. download latest map.. kemudian aku test lerr kebolehan GPS tue.. alhamdulillah.. cubaan pertama untuk mencari tempat makan dah berjaya.. Dapat lerr makan Dim Sum..

Kemudian dengan bantuan GPS aku mencari petrol station.. Mujur jumpa kat jalan teknorat 2.. Huhuhu.. Insiden nie dah banyak mengajar aku agar jangan bergantung harap sangat dengan GPS dan driver.. Kena hafal jalan dan kena berani.. Kalau sesat kali nie.. Insyaallah akan datang xkan sesat dah.. Huhuhu...

6 February 2012

Selalu sangat..

0 comments
Hurrmm.. Tetibe moody balik.. Selalu sangat jadi macam nie.. Apa boleh buat.. Terima lerr seada nyerr.. Redha untuk apa yang ada di depan sana.. ' Ya allah.. Kuatkan semangatku.. Jauhkan lerr perasaan marah untuk hinggap di hatiku.. Semaikan lerr hatiku dengan benih-benih kasih sayang.. '

Special Entry Untuk Kawan Terbaek Adikku Yang Belajar di UNIMAS...

0 comments
Hurrmmm.. Malam nie agak berangin sedikit.. Actually bukan setakat malam nie sahaja.. Malam yang lepas2 pun sama gak.. Bukan setakat aku.. Ibu dan kami adik beradik pun naik suhu bila dengar luahan si 'adik' kecil kami yang sentiasa dibuli.. di buli dari segala sudut.. Si pembuli nyerr hanya seorang.. tapi maklum lerr.. adik 'kecik' kami nie tersangat lerr lemah lembut.. cakap pun slow gilerr.. rasa macam nak letak telinga tue kat mulut dia jerkk bila dia bercakap.. sentiasa nak jaga 'hati' orang lain.. rela makan hati berulam jantung..

Kawan nie orang yang sentiasa berada dibelakang kita untuk tolak kita ke depan untuk mengharungi segala rintangan.. Bukan nyerr mengambil kesempatan di atas kesenangan kawan.. Tak bermakna kawan diam tue dia setuju dengan segala perlakuan kita.. 

Sebagai contoh.. Bila kita hidup di luar dari kawasan kampus.. Kita tinggal di sebuah rumah.. Persefahaman perlu ada.. Kita dah boleh dianggap sebagai sebuah keluarga.. Toleransi tue perlu ada.. Dah macam adik beradik.. Cuma lain mak lain bapa jerk lerr.. Bila nak makan.. Makan sesama.. Beli barang sesama.. Bayar sama rata.. Kalau rasa xde duit.. Amik lerr hati orang2 kat rumah tue dengan tolong apa yang patut.. Kemas rumah kerr.. Cuci pinggan kerr.. Masak kerr.. Jangan enak2 duduk goyang kaki jerkk.. Dan jangan selalu jadikan alasan 'ala.. xde duit kecik lerr'.. Ingat tue rumah kebajikan?? Dapat bantuan kerajaan negeri mahupun dari UNIMAS!!

Selain tue.. Bila nak pi kuliah.. Dah tahu kereta kena guna petrol.. Nak beli petrol kena guna duit.. So pepandai lerr faham.. Keluarkan lerr sedikit duit tue untuk beli petrol.. Sharing is caring.. Caring is loving ok.. Mana nak tahan kalau semua nyerr FREE.. Kalau mak bapa kawan tue kaya dan senang macam mana sekalipun.. Boleh terasa gak.. Kawan diam tak bermakna dia suka.. Ada faham?? Selain tue.. Kalau boleh elakkan lerr menyusahkan kawan nak ambil diwaktu malam.. Kalau sesaje nak buang masa kat kampus tue baik tak payah.. kalau ada apa2 berlaku kat 'adik' kecik kami.. KO NAK TANGGUNGJAWAB?? Ko dan dia perempuan.. So faham2 lerr.. Kat luar sana tue banyak bahaya.. Apatah lagi diwaktu malam.. Faham2 lerr sikit.. Study dah sampai 'U'.. Jangan lerr bengap sampai 'Z'..

Pesanan terakhir.. Kalau kita nak orang hormat kita.. Kita kena hormat orang jugak.. Bila orang hulurkan tangan untuk membantu.. Balas lerr dengan ucapan terima kasih.. Itu lerr sekecil2 balasan jika tak mampu di bayar dengan wang ringgit.. Sekurang2 nyerr kawan tue rasa berbaloi gak merisikokan nyawa dan 'kedaraan' dia diwaktu malam.. Bukan nyerr dengan kata2 kasar memarahi si kawan kerana terlambat.. Dan untuk kawan yang tak tahu apa2.. tapi menghukum si 'adik' kecik kami hanya berdasarkan cerita kawan yang lain.. Fahami senario ini dulu.. Jangan membuta tuli menjatuhkan hukuman.. Hakim yang profesional pun perlu dengar hujah kedua2 pihak.. defendan dan plaintif sebelum menjatuhkan hukuman kepada pesalah yang sebenar.. Dan jangan sesenang hati melemparkan kata2 nista dan kesat kat FB mahupun twitter.. "F**K O**!! dan sebagai nyerr.. Tak guna pakai tudung semata2 nak tutup aurat.. tapi bicara nyerr lantang sekali.. lebih mulia perempuan yang tak bertudung iteww.. janji dia tahu jaga mulut dan hati saudara nyerr... Jangan ingat diri kita cantik dan pandai.. Kita bebas untuk menyakitkan hati orang lain... Ko letak budi bahasa mu kat dalam tudung kerr?? Aiyoookkk...

Ok lerr.. Hati rasa terbakar sangat.. Kalau ikutkan hati yang panas.. Nak jerkk rasa nyerr call terus mak bapa orang yang berkenaan.. Tapi sebabkan kesabaran tue masih ada.. Biar lerr dia insaf sendiri.. Muhasabah apa yang perlu..

p/s: post ini mengalu2 kan komen yang positif.. sebarang perkataan di atas tidak boleh digunakan dalam mana2 prosiding mahkamah kerana ianya hanya luahan perasaan kami berdasarkan dari luahan hati orang ke-3.. 

Chau chin chow...

5 February 2012

Hari ini.. 05.02.2012

0 comments
1st of all aku nak wish ' Salam Maulidur Rasul ' kepada semua muslimin dan muslimat..

Macam biasa.. Cuti2 gini agak lambat untuk bangkit dari tidoq.. Huhuhu.. Terbangun punn sebabkan teringat nak pergi ke suatu tempat.. Dah janji ngan adik2 dan umi.. Lepas zohor nie gerak.. Harap pemergian kami ke tempat nie dapat melupakan kesedihan semalam..

' Ya allah.. Permudahkan segala nyerr untuk kami '

p/s: nak ceriakan diri.. tapi tetap tak dapat.. sebab mata dah bengkak.. sembab.. sebab nangis agak teruk semalam.. mata dah macam mata panda.. huhuhu..

1 February 2012

Lapar...

0 comments

Tetibe malam nie rasa tak dapat lena.. Rasa lapar.. Habis lerr geledah almari stok makanan ringan.. xde yang menarik perhatian... tetibe mataku tertancap pada 2 objek.. ( maaf yerkk.. bahasa yang digunakan terlalu tinggi.. maybe ada yang tak tercapai dek akalmu.. so sila ajukan pertanyaan jika tak faham tanpa perlu buat kesimpulan sendiri.. hehehe.. ) Aku terlihat coklat.. Wah.. Agak mengiurkan.. Tapi rasa sayang lak nak makan.. Sebab ianya pemberian seseorang.. Tengok tarikh luput.. Lerr.. Bulan September 2012.. Owwhh.. Boleh makan.. Maaf yerkk.. Saya makan coklat nie tak bermakna saya tak sayang awak tau.. hahaha..



Maaf yerkk.. Aku terpaksa memakan mu.. Hahaha..

25 November 2011

Sorry Because I Love You...

0 comments
I've forgotten the loving words I have for you,
I want to remove you from my heart,
The tears that comes from my eyes,
will always be there.

Worrying not having a chance to love,
Rushing love will never work,
You'll wan't realize the pain you left behind,
I'm sorry.

I'll still missing it even when I pass away,
I'm missing you a lot,
It seems that I've got used to it,
I'll still miss you even when I can't breathe,
Pain threatens my sane,
I'm like an idiot,
The words still hurts even when my heart stopped,
The separation is arriving,
I can't get close to you, So I can only stop for my sad love.


Foot Note : When alone.. Inspirations came in without limitations... Perhaps someone can give the best tittle for my expression above.. Perhaps..




Sent form my HTC Desire HD

16 November 2011

Minggu depan........

1 comments
Hurrmmm.. minggu depan.. banyak benda yang perlu koi buat.. antara nyerr ialah :-

i)    Masuk Ward
ii)   Nak pi bercuti2
iii)  Nak siapkan keja..
iv)  Nak siapkan kertas kerja ( Kronologi2 Kes )
v)   Nak berikan kejutan yang besar kat DIA..

p/s: semua perkara di atas akan dilaksanakan sekira nyerr umur panjang...

I Love You So Much...

8 November 2011

Hari yang menyakitkan....

0 comments
Hurrmmmm... Hari nie belakang aku sangat sakit... Rasa sakit yang amat sangat.. Bayangkan lerr aku tak dapat nak berdiri tegak dengan betul... Bila nak tegakkan badan jerkk... Rasa urat kat tulang belikat nie tegang sangat... Huhuhu...

Mujur lerr ada abang noor yang tolong aku bangun dan bawa aku pi tempat orang buta untuk berurut... Waktu berurut nie lerr amat menyakitkan... Rasa nyerr abih penuh satu bilik tue aku berteriak dan mengadu kesakitan... Uncle tue asyik gelak jerkk... Dia kata " first line vein " aku bersilang dengan " vein " yang lain... Serius... Memang sangat sakit... Rasa nak putus jerkk nyawa aku bila kena urut ngan uncle tue...

Lepas satu jam kena urut tue... Sakit tue ada lerr kurang sikit berbanding awal pagi tue... Kemudian makan kat Tesco... Lepas tue continue lak massage kat Kerusi Urut Ogawa di Curve... Kemudian jenjalan jap kat Ikea... Sesaje cuci mata... Terapi yang sangat elok untuk melupakan kesakitan yang aku alami... Tepat jam 9.45pm aku ngn abang noor bergerak untuk balik...

Sampai jerkk kat rumah... Housemate abang noor dah ada... Memasing baru balik dari kampung... Beraya lerr katakan... Lepas tue buat keja... Update blog... Tetibe rasa lapar... Goreng bergedil dan masak air untuk buat coffee...

Lastly... Dah tak dapat nak lena... hehehe...

p/s: thanks abang noor... sebab bawa adik pi berurut... dan sudi meminjamkan bahu untuk berpaut dari jatuh dan mengurangkan tekanan kat pinggang dan tulang belikat...

8 June 2011

Sibuk a.k.a Sebok??

0 comments
Hurrmmm..
Lately nie sangat busy ngan kerja2 office yang tak pernah nak abih a.k.a siap.. Dalam kesibukan nak menyiapkan kerja2 nie.. ada lerr jugak penyebok yang suka sibuk pasal aku.. Hahaha.. Pelik manusia skrg nie.. Suka menyebok pasal orang lain tapi diri sendiri terabai.. Pleaseeeeeeeeee stay away from me.. Mind your own bussiness... Kadangkala rimas bila ada lalat2 dan langau2 disekeliling nie.. Huhuhu..


Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.