Showing posts with label Resipi. Show all posts
Showing posts with label Resipi. Show all posts

25 December 2015

Chocolate Muffin..

0 comments

Bahan - Bahan:-

* 80gm tepung gandum
* 20gm serbuk koko
* 1 sudu kecil serbuk penaik
* 90gm mentega (unsalted butter)
* 60gm gula kastor
* 1 biji telur
* 80ml susu segar / susu cair
* secubit garam ( tak perlu sekiranya menggunakan salted butter)
* 40gm coklat hitam (dark chocolate)

Cara- Cara:-

* Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celsius
* Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik bersama. Kemudian asingkan.
* Pukul mentega, kemudian masukkan gula kastor. Pukul sehingga putih.
* Kemudian masukkan telur dan garam.
* Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan serbuk penaik sikit demi sedikit.
* Masukkan susu segar/ susu cair.
* Masukkan coklat hitam yang telah dipotong kasar ke dalam adunan menggunakan spatula.
* Isikan adunan ke dalam cawan kertas dengan sukatan 2/3
* Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.


p/s: Boleh gunakan pisang sebagai 'filling'.. Potong dadu/ kecil-kecil tau.. Selamat mencuba.. :)

10 September 2011

Roti Manis..

2 comments
Hurrmmm.. ari nie nak share recipe yang sangat simple dan mudah.. budak2 kecik pun leh buat.. as long leh capai kuali dan dapur yerrrkk...

antara bahan-bahan nyerr :

4-5 keping roti putih gardenia
2 biji telur ayam
2 sudu makan susu pekat**
secubit garam dan perasa

** boleh digantikan dengan madu, coklat dsb mengikut citarasa memasing yerkk...

Cara-cara penyediaan :

1. Potong roti putih kepada kepingan yang kecik.. ( 1 keping bleh potong kepada 4 bahagian.. kalau 5 keping akan mendapat 20 bahagian kepingan yang kecik.. )

2. Pecahkan telur dan pukul bersama susu pekat sehingga kembang.. Bubuh garam dan perasa mengikut citarasa...

3. Panaskan minyak di kuali.. ( Sekira nyerr anda mempunyai kuali non-stick.. lagi baik.. baik untuk kesihatan sebab penggunaan minyak dapat dikurangkan.. )

4. celupkan kepingan roti yang telah dipotong didalam bancuhan telur yang telah kembang dan goreng sehingga kekuningan..

5. Sedia untuk dihidangkan untuk minum petang or sarapan pagi atau mengikut kehendak masing2 yerkk..

Guna non-stick pan lagi selamat.. x melekat.. hehehe..










yummy...

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.