Hati nie tetibe tergerak untuk mengatakan sesuatu.. Ianya lebih menjurus kepada pandangan peribadi.. Kemungkinan ada yang bersetuju dan mungkin juga ada segelintir yang tak bersetuju.. Apa2 pun ianya blog aku.. Selagi ianya tak melanggar Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Fitnah 1957.. Aku bebas untuk berkata-kata... Hehehe..
Ianya lebih berupa nasihat.. Untuk diri aku dan mungkin juga untuk kengkawan di luar sana.. 'Aib'.. Apa yang saudara/i tahu mengenai 'Aib'?? Bahasa mudah nyerr ialah 'kelemahan'.. Apabila diperhatikan pada zaman ini.. Orang lebih suka mengatakan 'keaiban' atau 'kelemahan' orang lain.. Sama ada ianya bersangkut paut dengan si 'pengata' ataupun ianya dijadikan bahan untuk 'suka-suka'... Yerr lerr.. Cerita 'keaiban' orang nie boleh buatkan kita tak sedar masa yang berlalu.. Kalau nak bercerita 24 jam 7 hari seminggu sekalipun.. Isu nyerr pasti takkan surut di situ sahaja.. Pasti nyerr akan bersambung dan ada episod khas yang akan menyusul.. Hakikat nyerr.. Si pengata dengan orang yang 'di fitnah' atau 'di aibkan' sebenar nyerr tiada kaitan apa2.. Sama ada kawan.. Apatah lagi dari pertalian darah.. Hanya bersumberkan cerita/ pengalaman dari orang lain yang belum tentu kesahihan nyerr.. Yerr lerr.. Dengan bersungguh-sungguh si 'pengata' berkata ianya mempunyai bukti dan rakan2 yang boleh menyokong 'fakta' berkenaan... Walhal ianya hanya 'hear say evidence' atau dengar-dengar cakap... Sepatut nyerr.. Si pendengar kena jumpa si 'mangsa' yang diperkatakan untuk mengetahui cerita sebenar dan kemudian bandingkan dengan apa yang diceritakan sebelum menjatuhkan apa jua hukuman... Ianya baru lerr adil untuk kedua-dua pihak... Dan selepas itu terpulang lerr ko nak buat apa pun... Nak ignore call.. nak buat alasan ko sibuk kat office.. Ikut suka hati bapa tiri laki emak ko lerr...
Sejujur nyerr aku kecewa dengan keadaan yang baru2 terjadi.. Bukan sekali... Dah 3 kali terkena dalam tahun nie... Punca nyerr?? 'Mulut' orang.. Suka sangat bercerita.. Sehingga tak pasti realiti cerita berkenaan macam mana kan.. Walhal kenal aku pun tak seberapa.. Mujur lerr ramai kawan yang betul2 mengenali diri ini memberikan nasihat yang sangat membina.. Terima kasih kawan.. Untuk aku catatkan nama seorang demi seorang memang agak payah.. Cukup lerr sekadar di ingatan.. Ianya lebih bermakna..
Akhir sekali... Apabila ada seorang teman yang sanggup meluangkan masa untuk mu.. menjadi pendengar setia masalah mu walaupun pada masa yang sama ianya mempunyai masalah yang lebih besar.. memberikan kata2 semangat walaupun diri nyerr kurang bersemangat.. Hargai lerr detik2 itu..
p/s: Mohon Terasa yerkkkk... ;)
Ikut
0 comments:
Post a Comment