25 December 2015

Chocolate Muffin..

0 comments

Bahan - Bahan:-

* 80gm tepung gandum
* 20gm serbuk koko
* 1 sudu kecil serbuk penaik
* 90gm mentega (unsalted butter)
* 60gm gula kastor
* 1 biji telur
* 80ml susu segar / susu cair
* secubit garam ( tak perlu sekiranya menggunakan salted butter)
* 40gm coklat hitam (dark chocolate)

Cara- Cara:-

* Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celsius
* Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik bersama. Kemudian asingkan.
* Pukul mentega, kemudian masukkan gula kastor. Pukul sehingga putih.
* Kemudian masukkan telur dan garam.
* Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan serbuk penaik sikit demi sedikit.
* Masukkan susu segar/ susu cair.
* Masukkan coklat hitam yang telah dipotong kasar ke dalam adunan menggunakan spatula.
* Isikan adunan ke dalam cawan kertas dengan sukatan 2/3
* Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.


p/s: Boleh gunakan pisang sebagai 'filling'.. Potong dadu/ kecil-kecil tau.. Selamat mencuba.. :)

7 September 2015

Bersawang..

0 comments
Ahahaha..

Lama gilerr tak update.. InsyaAllah.. Jika ada kelapangan.. Aku akan update sikit demi sikit.. Al-maklumlah.. Tangan hanya ada 2.. Kanan dan kiri.. Hehe.. Apa2 pun.. Have a nice weekdays.. Semoga semua nyerr dipermudahkan.. Hehe..

16 January 2015

Pengantaraan

0 comments
Hurmm.. Hari nie nak kongsi sedikit ilmu untuk pembaca di luar sana.. Ianya adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman kepada pihak-pihak yang ingin menyelesaikan pertikaian..


APAKAH ITU PENGANTARAAN??

Actually ianya adalah satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai 'Pengantara'.

ANTARA CIRI-CIRI SEORANG PENGANTARA IALAH:-

a)      Terlatih dan berpengalaman;
b)      Berkecuali ( neutral);
c)       Adil dan tidak berat sebelah;
d)      Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan berkongsi masalah/ kesulitan pihak-pihak yang terlibat.


APAKAH PERANAN SESEORANG PENGANTARA??

Pengantara biasanya bertindak sebagai orang tengah untuk mengawal dan memudahkan proses rundingan. Tidak akan bertindak seperti hakim untuk memutuskan perbalahan. Ianya lebih mendorong agar kedua-dua pihak berkomunikasi untuk meluahkan pandangan, pendapat dan luahan emosi semasa sesi pengantaraan berjalan. Sesi ini dapat membantu untuk mengkaji secara terperinci punca pertikaian pihak-pihak yang berkenaan.


APAKAH TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK YANG BERTIKAI SEMASA MENGHADIRI SIDANG PENGANTARAAN??

a)      Menghadiri sidang pengantaraan dengan sukarela dan berfikiran terbuka;
b)      Bersedia untuk meluahkan masalah dan perasaan;
c)       Mengemukakan cadangandan membuat pilihan untuk menyelesaikan pertikaian mereka;
d)      Berkomunikasi antara satu sama lain;
e)      Membuat keputusan yang bersesuaian dan dipersetujui bersama.

APAKAH KELEBIHAN PENGANTARAAN??

Antara kelebihan pengantaraan ialah :-

a)      Pihak-pihak yang bertikai mempunyai hak bersuara sepenuhnya untuk menyelesaikan pertikaian mereka;
b)      Pihak-pihak saling bekerjasama dan tidak bermusuhan;
c)       Penjimatan masa dan kos;
d)      Segala komunikasi semasa rundingan dirahsiakan;
e)      Hubungan antara pihak-pihak yang bertikai dapat dikekalkan dan dipulihkan;
f)       Pengantaraan tidak memudaratkan mana-mana pihak yang bertikai andainya rundingan mereka tidak dapat diselesaikan dan mereka membawanya ke mahkamah;
g)      Pihak-pihak yang bertikai sendiri yang membuat keputusan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.





APAKAH PERTIKAIAN YANG SESUAI UNTUK PENGANTARAAN??

a)      Kes Keluarga
                                I.            Tuntutan nafkah isteri dan anak-anak;
                              II.            Harta sepencarian/ aset perkahwinan;
                            III.            Jagaan anak-anak;

b)      Kes Sivil
                                I.            Kemalangan ( kecuali melibatkan pihak insurans);
                              II.            Tuntutan pengguna


APAKAH PERTIKAIAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK PENGANTARAAN??

Pengantaraan tidak sesuai apabila:-

a)      Suatu pihak memerlukan perintah perlindungan mahkamah seperti injuksi dan pelaksanaan spesifik;
b)      Unsur-unsur keganasan dan jenayah wujud dalam sesuatu pertikaian.


APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGANTARAAN BERJAYA??

a)      Kedua-dua pihak mempunyai kesungguhan untuk menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah;
b)      Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta bersedia berunding secara ikhlas dan terbuka dan bukannya secara emosi/ membalas dendam;
c)       Kedua-dua pihak sedar bahawa penyelesaian adalah bagi kepentingan mereka pada masa hadapan;
d)      Kedua-dua pihak sedar kelebihan dan kekurangan jika kes itu dibawa kepada perbicaraan.


APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGANTARAAN GAGAL??

a)      Salah satu pihak atau kedua-duanya tidak mempunyai kesungguhan untuk mencapai sebarang persetujuan;
b)      Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada komitmen untuk menyelesaikan pertikaian;
c)       Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada maklumat untuk membuat keputusan;
d)      Salah satu pihak atau kedua-duanya dipengaruhi oleh pihak ketiga;
e)      Salah satu pihak member tekanan kepada pihak yang satu lagi.

BERAPA LAMAKAH SIDANG PENGANTARAAN DIJALANKAN??

Selepas pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan untuk pengantaraan, pertikaian akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari melalui sidang pengantaraan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dibantu oleh pengantara. Oleh itu, kaedah pengantaraan adalah lebih cepat dan dapat menjimatkan masa dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian.


ADAKAH PIHAK-PIHAK YANG BERTIKAI DIBENARKAN UNTUK MEMBAWA WAKIL/ PEGUAM SEMASA MENGHADIRI SIDANG PENGANTARAAN??

Pada amnya, pihak-pihak yang bertikai tidak dibenarkan membawa wakil atau peguam mereka semasa menghadiri sidang pengantaraan. Hanya pihak-pihak yang bertikai dan pengantara sahaja yang dibenarkan hadir dalam sesuatu sidang pengantaraan. Namun demikian, sekiranya salah satu pihak atau kedua-duanya menghadapi masalah untuk berkomunikasi, contohnya satu pihak hanya fasih berbahasa Mandarin dan satu pihak lagi hanya fasih berbahasa Melayu, maka perkhidmatan Jurubahas Mandari boleh diaturkan demi memudahkan proses rundingan antara kedua-dua pihak.


APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SESUATU PERTIKAIAN GAGAL DISELESAIKAN MELALUI PENGANTARAAN??

Sekiranya sesuatu pertikaian gagal diselesaikan melalui pengantaraan atas apa-apa jua alasan, maka pertikaian itu akan dibawa ke Mahkamah untuk diselesaikan melalui proses litigasi.

BOLEHKAH SALAH SATU PIHAK ATAU KEDUA-DUANYA MENARIK DIRI DARIPADA PENGANTARAAN??

Ya. Salah satu atau kedua-duanya boleh menarik diri daripada pengantaraan pada bila-bila masa dengan cara mengisi borang penarikan diri daripada pengantaraan.


APAKAH KELEBIHAN MENYELESAIKAN PERTIKAIAN MELALUI PROSES PENGANTARAAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PROSES MAHKAMAH??

PENGANTARAAN
MAHKAMAH
Informal dan Fleksibel
Formal dan mengikut peraturan
Rundingan berdasarkan
keperluan dan kepentingan
Pertikaian berdasarkan hak di sisi
Undang-undang dan remedy
Anda sendiri yang membuat
Keputusan ke atas pertikaian anda
Pihak ketiga (Hakim) yang membuat
Keputusan ke atas pertikaian anda
Jimat masa dan kos
Masa yang lama dan kos yang tinggi
Rundingan adalah sulit antara
Anda dengan pengantara
Pertikaian akan diketahui umum
Melainkan jika mahkamah memerintahkan
Supaya kes itu didengar secara tertutup



Maklumat di atas hanyalah penerangan ringkas untuk pengetahuan asas. Ianya bukan nasihat undang-undang yang lengkap dan terperinci.. Saudara/ i boleh berkunjung ke Pejabat Jabatan Bantuan Guaman yang terdekat.. Untuk alamat Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan.. Sila klik sini..


Semoga sedikit perkongsian di atas dapat membantu saudara/ i menyelesaikan pertikaian ataupun perbalahan dengan lebih terpelajar dan beradab.. Sekiranya terdapat sebarang pandangan mahupun komentar.. Sila hantarkan ke azhaari@icloud.com 

Selamat Tahun Baru 2015

0 comments
Alhamdulillah..

Syukur masih bernafas lagi di tahun 2015.. Banyak perkara dan kenangan manis ataupun pahit yang telah dilalui pada tahun 2014.. Alhamdulillah masih tabah dan cekal.. Tanpa disedari.. Hari nie dah masuk hari yang ke-16 di tahun 2015. Rasa nyerr masih tak terlewat lagi untuk wish selamat tahun baru 2015. Semoga azam tahun lepas telah tercapai dan sekiranya masih ada yang belum dapat dilaksanakan.. Boleh lerr tambah dalam list tahun 2015.. Hehehe...

10 December 2014

Sibuk + Busy + Penat = Super duper tired!!!

0 comments

Hurmmm.. Agak lama tak update blog nie.. Last entry pun pasal trip ke Jakarta yang sepatut nyerr ada Part 2.. haha.. Almaklumlah.. Mmg busy tahap gaban.. Gaban pun tak se'busy aku.. Hehe..

Bila lihat pada kalendar.. Tinggal 21 hari lagi nak cecah ke tahun 2015.. dan tak lama lagi usia dah nak cecah 26 tahun.. Ehh.. Betul lerr.. Hehe.. Tahun nie banyak benda dan perkara yang berlaku.. Alhamdulillah.. Semua nyerr dipermudahkan.. Walaupun ambil masa yang begitu lama untuk menyelesaikan.. Arghh.. Stress.. 

Tahun nie juga ramai kengkawan yang akan pindah ke negeri masing2.. Terutama nyerr ke semenanjung.. Antara nyerr Kak Ummi dan Azri.. Fatah.. Kak Sya.. Kak Cantik.. Eh.. Nie kakak yang selalu tlg aku bila ada masalah ngan JAN dan LHDN.. hehe..

Petang nie plan nak kemas2 bilik dan nak tido awal.. Nak pengsan sampai esok.. Sebab otak hampir tepu ari nie.. Banyak sangat nak absorb.. Apa2 pun ari nie dah plan untuk kerja esok.. Harap esok semua nyerr berjalan dengan lancar.. 

Jom kemas beg dan meja.. bersiap sedia untuk balik keja.. x sabar nak jumpa katil yang empuk..


4 September 2014

Jakarta Trip Part 1

0 comments
Yeahh.. Lastly dapat jugak nak ke Jakarta.. Hehe..
Alhamdulillah.. Sampai juga kat Jakarta nie.. Walaupun pelbagai rintangan mendatang.. Tapi semua nyerr berjaya ditempuhi dengan penuh kesabaran.. kannn.. Hehe..

Btw.. Flight tadi dari KLIA2 dalam lebih kurang 1315HRS.. dan kena boarding pada 1230HRS.. Tapi agak terlewat.. Dan sesi larian 100meter bermula.. Hahaha.. Mmg mengah nak berlari.. Sebab apa?? Sebab ada orang lewat sampai kat KLIA2.. Mujur x kena tinggal.. Hahaha..

Flight AK384 menerbangkan kami selama 1jam 45minit.. Alhamdulillah.. Penerbangan yang amat selesa.. Flight x full dengan penumpang.. Sangat menyenangkan.. 

Sesampai nyerr kat Jakarta.. Agak bingung juga.. Sebab Immigration kat sini kurang mesra.. Yerr lerr.. Laungan 'next' tue agak lantang dan kasar.. Apa boleh buat.. Negara diorang.. Kena lerr akur kannn.. 

Apabila keluar dari Airport CGK tue.. Nak cari teksi bluebird kata nyerr.. Hahaha.. X nampak kat mana kaunter nyer.. Risau kena tipu ngan ulat2 teksi.. Yerr lerr.. sebelum sampai kat sini.. ramai yang berpesan itu dan ini.. so macam biasa lerr.. semua nyerr aku semat dalam otak nie.. haha.. but.. pengakhiran nyerr.. kami naik avanza.. dengan caj 350,000.00 rupiah.. Actually sebelum naik Avanza nie.. Aku sibuk sangat nak beli simcard.. Dapat lerr beli simcard Indonesia.. Telkomsel Simpati.. Mula harga kata nyerr 235,000.00 (simcard dan 50,000.00 x 2).. tapi kena bayar 295,000.00.. Lantak lerr.. malas nak fikir.. Sebab hanya sedar macam kena tipu bila dah ada kat dalam Avanza.. Hahaha..

Sesampai nyerr kat Alma Hotel.. Kami check in.. Dan tanpa berlengah.. kami riki-riki kawasan untuk aktiviti menyopping esok.. Dah penat.. Makan jap.. Yerpp.. biasa lerr.. tempat orang.. nak rasa jugak makanan yang special.. Haha..

Kemudian teruskan aktiviti.. Membeli-belah.. Hurmm.. dah penat.. decide balik hotel.. Seterus nyerr aktiviti bebas.. Discuss sket pasal aktiviti esok.. yerr lerr.. nak pergi mana.. nak buat apa.. lepak kat bilik sambil makan martabak special.. hahaha.. dah siap.. nak tido.. esok nak kena bangun awal..


Aku.. Faizal dan Abg Md Noor..

Bz nak isi borang immigration.. Walhal payah gilerr kot nak nulis nyerr.. Turbulence kannn...

Lastly.. Landed juga kat Jakarta..

Muka happy..

Ok.. Berbaris semua.. Naik bus yerkk..

Tuee lerr flight kami.. 

Pintu gerbang ketibaan..

Yeahh.. Dah dapat 'cop' Immigration Indonesia.. Hehe..

Nie tol kat Jakarta..

Bagi yang nak menghubungi aku.. Sila guna no di atas.. jgn lupa letak +62 didepan nyerr.. hehe..

Tudiaaa.. Tanah abang...

Kota Jakarta yang macet.. Opsss.. Jammed yerrkk.. :)

5500m.. Hahaha.. 5.5km lerr..

Mmg sangat pack..

Nie dalam bajaj.. Sempat selfie kann.. Hehe..

Sangat pack.. Mmg mudah guna Bajaj.. Walaupun menyelit kat tepi2 kereta.. Sakit juga jantung nie.. tapi xpe.. Diorang mmg expert nak menyelit2 nie..

Bajaj biru nie lebih selesa dan senyap yerkk..

Late Lunch.. Amek kauuu.. Mee Kepiting Pontianak.. Haha.. Akhir nyerr makan Nasi Goreng Bontoet Sapi ( Sambal Padang) dengan harga RM14 termasuk makanan dan minuman..

Milo Ais.. Milo Dinosaur.. Fresh Orange..

Nie lerr rupa Nasi Goreng Bontoet tue.. Hehe..

Riki-riki kawasan shopping.. Hehe..

Tudiaaa.. Aihh.. 

Nie tingkat atas lak..

Beli simkad dan charger..

Plan nak beli extension wire.. sekali nyerr hampa.. sebab extension semua nyerr lubang bulat.. haha..

esok.. nak kemari.. batik tue..

Mall kat Thamrin..

Aku.. Faizal dan Lazim..

Lazim.. Faizal.. dan Abg Md Noor..

Nie yerr nomor saya... :)

Supper kat sini.. Hehe.. Nasi goreng gila.. Kat Malaysia xde.. Hehe..

Tunggu Martabak Special siap..

Peace.. :)
Posing kat depan Hotel Alma.. :)


Ok mas.. Mau tidur nie.. Ngantuk.. Selamat malam yaa.. :)

P/S: Kesimpulan nyerr.. Aku bersyukur lahir kat Malaysia.. Walaupun Jammed.. Still boleh hidup.. Kat sini segala barangan dan servis semua nyerr ada cukai dan caj.. Haha.. Sebutan matawang yang sangat besar tapi nilai yang kecil.. Tapi apa2 pun.. Aku sangat bersyukur.. Lagi satu.. Pengalaman yang tak dapat aku lupakan.. Lintas jalanraya.. Kena honk dek motor ciput.. Aiyookk.. Kalau kat Malaysia.. Aku yang guna kereta nie honk si Motor.. Bergegar jantung gue.. Hahha.. Ok lerr.. Nak titon.. Gud nite uolss.. 

25 August 2014

Terbang Sana!! Terbang Sini!!

0 comments
Business Class

Nie betul2.. Bukan cobaan okay.. Hihi..

Alhamdulillah.. Selesai juga task minggu lepas dan minggu nie.. Hurrmmm.. Agak busy.. Sampai ada beberapa kawan baik terabai.. Maaf yerk.. Mohon maaf sangat2.. Dari hujung rambut sampai hujung kaki.. Mungkin ada yang terasa ati.. Sebab janji dah terberi.. Tapi tak dapat ditunaikan.. 

Kami.. Thanks for coming..
Hujung minggu nie busy dengan kenduri doa selamat pulak sempena ahli keluarga yang bakal ke Tanah Suci.. Harap semua nyerr berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.. Almaklumlah.. Minggu nie agak busy dengan kerja dan persiapan terakhir sebelum ke Jakarta.. Yeahh.. Yeahh..

Santai sambil minum coffee..
Untuk penerbangan semalam.. Agak santai.. Yerr lerr.. Macam mana tak santai.. Business Class kot.. Haha.. Ruang kaki pun luas.. Yang paling penting.. Makanan memang sedap.. Layanan pun istimewa.. Pramugara dan Pramugari yang melayan pun 1st class.. Helok sangat.. Hehehe.. Cuma agak kecewa dan tahap keterujaan jatuh mendadak pada paras bawah laut.. Sebab naik flight yang kurang menarik.. Ini disebabkan tiada nyerr paparan LCD untuk tayangan wayang ataupun hiburan.. Agak boring.. Walaupun hampir setiap 5 minit pramugari dan pramugara meronda untuk memberikan air or jus orange or kacang.. Naik kembung perut sebab dipenuhi dengan cecair.. Haha..




Indah nyerr!!!

Menenangkan... !!

Cantik...


Laut yang biru!!

Yummyy!!

Set makanan di Kelas Perniagaan.. Lengkap ngan dessert dan salad...

Ayam Masak Lemak..

Dessert yang sedap.. Yummyy..

Salad...

View kat dalam toilet Kelas Perniagaan..

My Luggage.. Priority kottt!! Ko ada?? Hehehe..

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.