4 February 2012

Biarkan hatiku berbicara....

0 comments


Adakah drama yang berlaku harus di teruskan di dalam episod akan datang. Kerana ini bukan setakat di dalam kehidupan biasa yang kita lihat ianya terjadi, seakan-akan di dalam arena politik juga sudah menjadi mazhab utama mencari kesalahan orang lain demi memonopoli tunggak kejayaan pemerintahan. Adakah ini di katakan kemajuan yang kita banggakan pada mata negara luar selama ini.

Adakah ini semua yang kita pelajari di dalam kemuliaan agama islam kita sendiri. Seolah-olah kita sendiri mengandaikan di mata "si bukan islam" bahawasanya Rasul yang tercinta mengajar kita supaya menjadi sebegini. Akhirnya ianya menjadi songsang sedangkan
 islam itu suci dan bersih sejak azali.

Memang benar kata anda. Setiap kesalahan yang berlaku haruslah di tegur, setiap
 kezaliman yang terjadi mesti kita perangi dengan berani. Tapi senario yang berlaku hari ini membuatkan aku pelik melihat kejahilan mereka dalam membezakan di mana maksud kesalahan, apa itu kezaliman. Jangan kita lupa, setiap apa yang kita lihat, tidak akan sama kebenaran dengan apa yang kita fikirkan. Jangan kerana terlalu terikut-ikut dengan agenda orang sekeliling, kezaliman tersebut di tuding semula di padang mahsyar kelak. Kerana yang aku tahu, zalim itu di jatuhkan ke atas seseorang jika menuduh orang yang di tindas dan mereka yang benar-benar tidak bersalah. Anda tahu apa upahnya jika anda menjadi seorang yang zalim? Satu jari menunding orang manakala empat jari lagi menunding diri kita..

Secara kesimpulannya, menegur memang di wajibkan ke atas kita sebagai orang islam. Tapi janganlah kerana terlalu mengejar selembar pahala, kita menerima lebih dosa dari pahala. Menegur demi kebaikan, bukannya kerana perasaan. Kerana hasil perkongsian perasaan kebiasaannya akan di dampingi oleh iblis dan syaitan. Sebab itu nenek moyang kita selalu berpesan, " Jangan Terlalu Mengikutkan Perasaan". Akibatnya padah yang kita terima di telapak tangan kita sendiri.

Apa salahnya kita menegur untuk kebaikan bersama, bukan kerana kepentingan nafsu amarah yang tak ke mana. Sekadar untuk renungan dan ingatan bersama………

1 February 2012

Lapar...

0 comments

Tetibe malam nie rasa tak dapat lena.. Rasa lapar.. Habis lerr geledah almari stok makanan ringan.. xde yang menarik perhatian... tetibe mataku tertancap pada 2 objek.. ( maaf yerkk.. bahasa yang digunakan terlalu tinggi.. maybe ada yang tak tercapai dek akalmu.. so sila ajukan pertanyaan jika tak faham tanpa perlu buat kesimpulan sendiri.. hehehe.. ) Aku terlihat coklat.. Wah.. Agak mengiurkan.. Tapi rasa sayang lak nak makan.. Sebab ianya pemberian seseorang.. Tengok tarikh luput.. Lerr.. Bulan September 2012.. Owwhh.. Boleh makan.. Maaf yerkk.. Saya makan coklat nie tak bermakna saya tak sayang awak tau.. hahaha..



Maaf yerkk.. Aku terpaksa memakan mu.. Hahaha..

29 January 2012

Eczema Part 3.

0 comments
Steroid Cream untuk muka dan badan..

Ubat makan.. Untuk kurangkan kegatalan.. Piriton & Cetrizine..
Hurmm.. Petang tadi aku pi klinik dermatologi sebab mengalami kegatalan di beberapa bahagian badan aku.. Sangat seksa rasa nyerr.. Haha.. Kulit merengsa sana sini.. So selepas jumpa doktor mervin ( doktor pakar dermatologi ).. Aku di diagnos dengan penyakit Eczema.. Huhuhu.. Agak terkejut.. Terkesima.. Yerr lerr.. sepanjang2 aku hidup nie.. 1st time aku tahu ada eczema dalam badan aku nie.. huhuhu.. Tapi Dr Mervin kata jangan panik sebab ianya boleh dikawal.. tambahan lagi eczema yang ada pada aku jenis yang ' on / off '.. Maksudnya ianya datang dan pergi.. Bergantung pada medications yang bakal aku gunakan untuk merawatnya.. so ada beberapa ubat-ubatan yang telah diberikan pada ku..


25 January 2012

Aktiviti bersama keluarga...

1 comments
Hurmm... Mata tak dapat nak lelap.. Huhuhu.. So nak update sikit pasal rumahku syurgaku.. Hehehe.. 

Bedsheet yang menjadi pilihan..

Mata jadik juling.. Huhuhu..

Adik & Ibu yang sibuk memilih bedsheet yang cantik2..

Akhirnya.. 2 aromatherapy lavender pillow.. 3 neck contour pillow.. Comforter.. 


Induction cooker yang canggih.. Touchscreen  giteww.. =)

Nak masak ayam halia.. Nntkan episodnya di ' Tentang Sesuatu '

Posing kat kerusi jati yang amat cantik.. Ko ada?? =) Hikss..

Penat mengemas rumah.. Jenjalan kat suria sabah.. Terimbau kenangan lepas.. Huhuhu..

Muka yang agak keletihan.. Posing kat OldTown..

Kuih Sago With Buah Melaka..

Tak Dapat Nak Lelap..

0 comments
Tadi nak tido.. Tetibe ibu inform something yg amat mengerikan aku.. Aku terkantoi ngan abah.. Terkantoi apa?? Biar lerr aku sorang yg tau.. Eiiii... Seram rasa nyerr aku nak cakap apa2 kat abah aku.. Huhu.. Misi selepas ini.. X nak jumpa abah aku utk beberapa bulan or tahun.. Biaq dia lupa perkara ittew.. Huhu.. -- Posted via BlogIt! for Android

18 January 2012

Eczema Part 2

0 comments
Hari nie aku interview lagi salah sorang Dr Pakar dari Jabatan Dermatologi..

Antara kesimpulan yang dapat aku katakan disini:-

- Sejenis penyakit kulit yang kronik.. Ianya hanya boleh dikawal dan tidak boleh sembuh..

- Faktor genetik, persekitaran dan cuaca..

- Badan yang panas, stress dan berpeluh boleh menyebabkan ianya semakin kronik.

- Penggunaan steroid cream untuk jangka masa yang panjang dan berterusan dapat mengawal penyakit ini..

p/s: sekiranya anda mengalami penyakit kronik ini.. Sila berjumpa dengan Dr Pakar Kulit yang berdekatan untuk mencari penyelesaian dengan segera..

" Sharing is caring.. Caring is loving "


Sent from my HTC Desire HD

Eczema Part 1.

0 comments
Hurrmm.. aku nak berkongsi sedikit info yang aku dapat dari Pakar Dermatologi & Genitourinari petang tadi.. Yerrpp.. Eczema nie sejenis penyakit/ruam kulit yang kronik.. Ianya sukar untuk sembuh.. Hanya dapat dikawal bagi mengurangkan keradangan pada kulit.. Ianya juga cenderung untuk diwarisi..


Antara perkara-perkara yang boleh dilakukan bagi mengurangkan eczema:-
- Kenal pasti alahan yang ada pada anda ( sabun cuci pakaian, mandian, makanan & etc )
- Mencegah kulit dari kering.. Apabila mandi, seelok2 nyerr gunakan air suam.. Gel mandian yang  
  lembut.. seperti gel mandian bayi.. agak sesuai sebab PH nyerr yang neutral.. selepas mandi elakkan  
  dari mengelap sehingga kering.. kemudian kenakan pelembab seperti vaseline or johnson baby..
- Elakkan memakai pakaian yang ketat.. pakaian yang kasar lagi menggatalkan..
- Elakkan dari menggaru ruam tersebut..
- Elakkan melakukan aktiviti yang menyebabkan peluh berlebihan.. Ianya boleh menyebabkan  
  kerengsaan pada ruam tersebut..
- Elakkan penggunaan pakaian yang berulang kali.. Sentiasa tukar tuala.. Stokin dsb.. =)


Selain diatas.. banyak lagi.. nak explain pun susah tau.. Dari segi ubat-ubatan.. Boleh cuba steroid cream (1% hydrocortisone).. Kena lerr selalu gunakan mengikut masa yang ditetapkan.. pengambilan loratadine.. desloratadine.. Diphenhydramine (Benadryl) dalam bentuk pil dapat mengawal / melegakan gatal2 akibat dari ruam ini.. 


Untuk aku sendiri.. aku dah guna produk johnson baby.. dari mandian.. dan pelembab.. tapi kadangkala aku guna vaseline body wash.. diselangselikan dengan selenium sulfide 2.5% lotion.. untuk cream.. aku gunakan clotrimazole.. untuk makan.. aku ambil loratadine / desloratadine 10mg dan prednisolone .. dan yang terbaru.. aku tengah gunakan JF Sulfur Soap yang boleh didapati di Guardian atau farmasi yang berdekatan.. ( nie doktor dermatologi aku yang syorkan )..

Hurmm.. yang penting.. penjagaan kebersihan diri tue amat penting.. pemakanan juga memainkan peranan yang penting.. dan sekiranya ada yang ingin bertanya tentang perkara di atas.. sila tinggalkan komen di ruangan komen berserta email anda.. Persoalan anda akan saya ajukan pada Dr berkenaan.. Hehehe.. 


Sharing is caring.. Caring is loving.. =)

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.