25 December 2015
Chocolate Muffin..
Bahan - Bahan:-
* 80gm tepung gandum
* 20gm serbuk koko
* 1 sudu kecil serbuk penaik
* 90gm mentega (unsalted butter)
* 60gm gula kastor
* 1 biji telur
* 80ml susu segar / susu cair
* secubit garam ( tak perlu sekiranya menggunakan salted butter)
* 40gm coklat hitam (dark chocolate)
Cara- Cara:-
* Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celsius
* Ayakkan tepung, serbuk koko dan serbuk penaik bersama. Kemudian asingkan.
* Pukul mentega, kemudian masukkan gula kastor. Pukul sehingga putih.
* Kemudian masukkan telur dan garam.
* Masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk koko dan serbuk penaik sikit demi sedikit.
* Masukkan susu segar/ susu cair.
* Masukkan coklat hitam yang telah dipotong kasar ke dalam adunan menggunakan spatula.
* Isikan adunan ke dalam cawan kertas dengan sukatan 2/3
* Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
p/s: Boleh gunakan pisang sebagai 'filling'.. Potong dadu/ kecil-kecil tau.. Selamat mencuba.. :)
7 September 2015
Bersawang..
Ahahaha..
Lama gilerr tak update.. InsyaAllah.. Jika ada kelapangan.. Aku akan update sikit demi sikit.. Al-maklumlah.. Tangan hanya ada 2.. Kanan dan kiri.. Hehe.. Apa2 pun.. Have a nice weekdays.. Semoga semua nyerr dipermudahkan.. Hehe..
Lama gilerr tak update.. InsyaAllah.. Jika ada kelapangan.. Aku akan update sikit demi sikit.. Al-maklumlah.. Tangan hanya ada 2.. Kanan dan kiri.. Hehe.. Apa2 pun.. Have a nice weekdays.. Semoga semua nyerr dipermudahkan.. Hehe..
16 January 2015
Pengantaraan
Hurmm.. Hari nie nak kongsi sedikit ilmu untuk pembaca di luar sana.. Ianya adalah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Bantuan Guaman kepada pihak-pihak yang ingin menyelesaikan pertikaian..
Actually ianya adalah satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai 'Pengantara'.
APAKAH ITU PENGANTARAAN??
Actually ianya adalah satu proses di mana pihak-pihak yang bertikai menyelesaikan pertikaian mereka secara sukarela dan damai dengan bantuan pihak ketiga yang dikenali sebagai 'Pengantara'.
ANTARA CIRI-CIRI SEORANG PENGANTARA IALAH:-
a)
Terlatih dan berpengalaman;
b)
Berkecuali ( neutral);
c)
Adil dan tidak berat sebelah;
d)
Berkebolehan untuk mendengar, memahami dan
berkongsi masalah/ kesulitan pihak-pihak yang terlibat.
APAKAH PERANAN SESEORANG PENGANTARA??
Pengantara biasanya bertindak sebagai orang tengah untuk
mengawal dan memudahkan proses rundingan. Tidak akan bertindak seperti hakim
untuk memutuskan perbalahan. Ianya lebih mendorong agar kedua-dua pihak
berkomunikasi untuk meluahkan pandangan, pendapat dan luahan emosi semasa sesi
pengantaraan berjalan. Sesi ini dapat membantu untuk mengkaji secara terperinci
punca pertikaian pihak-pihak yang berkenaan.
APAKAH TANGGUNGJAWAB PIHAK-PIHAK YANG BERTIKAI SEMASA
MENGHADIRI SIDANG PENGANTARAAN??
a)
Menghadiri sidang pengantaraan dengan sukarela
dan berfikiran terbuka;
b)
Bersedia untuk meluahkan masalah dan perasaan;
c)
Mengemukakan cadangandan membuat pilihan untuk
menyelesaikan pertikaian mereka;
d)
Berkomunikasi antara satu sama lain;
e)
Membuat keputusan yang bersesuaian dan
dipersetujui bersama.
APAKAH
KELEBIHAN PENGANTARAAN??
Antara kelebihan pengantaraan ialah :-
a)
Pihak-pihak yang bertikai mempunyai hak bersuara
sepenuhnya untuk menyelesaikan pertikaian mereka;
b)
Pihak-pihak saling bekerjasama dan tidak
bermusuhan;
c)
Penjimatan masa dan kos;
d)
Segala komunikasi semasa rundingan dirahsiakan;
e)
Hubungan antara pihak-pihak yang bertikai dapat
dikekalkan dan dipulihkan;
f)
Pengantaraan tidak memudaratkan mana-mana pihak
yang bertikai andainya rundingan mereka tidak dapat diselesaikan dan mereka
membawanya ke mahkamah;
g)
Pihak-pihak yang bertikai sendiri yang membuat
keputusan untuk menyelesaikan pertikaian mereka.
APAKAH
PERTIKAIAN YANG SESUAI UNTUK PENGANTARAAN??
a)
Kes Keluarga
I.
Tuntutan nafkah isteri dan anak-anak;
II.
Harta sepencarian/ aset perkahwinan;
III.
Jagaan anak-anak;
b)
Kes Sivil
I.
Kemalangan ( kecuali melibatkan pihak insurans);
II.
Tuntutan pengguna
APAKAH
PERTIKAIAN YANG TIDAK SESUAI UNTUK PENGANTARAAN??
Pengantaraan tidak sesuai apabila:-
a)
Suatu pihak memerlukan perintah perlindungan
mahkamah seperti injuksi dan pelaksanaan spesifik;
b)
Unsur-unsur keganasan dan jenayah wujud dalam
sesuatu pertikaian.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGANTARAAN
BERJAYA??
a)
Kedua-dua pihak mempunyai kesungguhan untuk
menyelesaikan tuntutan di luar mahkamah;
b)
Kedua-dua pihak sedia memberi dan menerima serta
bersedia berunding secara ikhlas dan terbuka dan bukannya secara emosi/
membalas dendam;
c)
Kedua-dua pihak sedar bahawa penyelesaian adalah
bagi kepentingan mereka pada masa hadapan;
d)
Kedua-dua pihak sedar kelebihan dan kekurangan
jika kes itu dibawa kepada perbicaraan.
APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PENGANTARAAN
GAGAL??
a)
Salah satu pihak atau kedua-duanya tidak
mempunyai kesungguhan untuk mencapai sebarang persetujuan;
b)
Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada
komitmen untuk menyelesaikan pertikaian;
c)
Salah satu pihak atau kedua-duanya tiada
maklumat untuk membuat keputusan;
d)
Salah satu pihak atau kedua-duanya dipengaruhi
oleh pihak ketiga;
e)
Salah satu pihak member tekanan kepada pihak
yang satu lagi.
BERAPA LAMAKAH SIDANG PENGANTARAAN DIJALANKAN??
Selepas pihak-pihak menandatangani perjanjian persetujuan
untuk pengantaraan, pertikaian akan diselesaikan dalam tempoh 30 hari melalui
sidang pengantaraan yang dihadiri oleh kedua-dua pihak dan dibantu oleh
pengantara. Oleh itu, kaedah pengantaraan adalah lebih cepat dan dapat
menjimatkan masa dalam menyelesaikan sesuatu pertikaian.
ADAKAH PIHAK-PIHAK YANG BERTIKAI DIBENARKAN UNTUK
MEMBAWA WAKIL/ PEGUAM SEMASA MENGHADIRI SIDANG PENGANTARAAN??
Pada amnya, pihak-pihak yang bertikai tidak dibenarkan membawa
wakil atau peguam mereka semasa menghadiri sidang pengantaraan. Hanya pihak-pihak
yang bertikai dan pengantara sahaja yang dibenarkan hadir dalam sesuatu sidang
pengantaraan. Namun demikian, sekiranya salah satu pihak atau kedua-duanya
menghadapi masalah untuk berkomunikasi, contohnya satu pihak hanya fasih
berbahasa Mandarin dan satu pihak lagi hanya fasih berbahasa Melayu, maka
perkhidmatan Jurubahas Mandari boleh diaturkan demi memudahkan proses rundingan
antara kedua-dua pihak.
APAKAH YANG AKAN TERJADI SEKIRANYA SESUATU PERTIKAIAN
GAGAL DISELESAIKAN MELALUI PENGANTARAAN??
Sekiranya sesuatu pertikaian gagal diselesaikan melalui
pengantaraan atas apa-apa jua alasan, maka pertikaian itu akan dibawa ke
Mahkamah untuk diselesaikan melalui proses litigasi.
BOLEHKAH SALAH SATU PIHAK ATAU KEDUA-DUANYA MENARIK
DIRI DARIPADA PENGANTARAAN??
Ya. Salah satu atau kedua-duanya boleh menarik diri
daripada pengantaraan pada bila-bila masa dengan cara mengisi borang penarikan
diri daripada pengantaraan.
APAKAH KELEBIHAN MENYELESAIKAN PERTIKAIAN MELALUI
PROSES PENGANTARAAN JIKA DIBANDINGKAN DENGAN PROSES MAHKAMAH??
PENGANTARAAN
|
MAHKAMAH
|
Informal dan
Fleksibel
|
Formal dan
mengikut peraturan
|
Rundingan berdasarkan
keperluan dan
kepentingan
|
Pertikaian berdasarkan
hak di sisi
Undang-undang
dan remedy
|
Anda sendiri
yang membuat
Keputusan ke
atas pertikaian anda
|
Pihak ketiga
(Hakim) yang membuat
Keputusan ke
atas pertikaian anda
|
Jimat masa dan
kos
|
Masa yang lama
dan kos yang tinggi
|
Rundingan adalah
sulit antara
Anda dengan
pengantara
|
Pertikaian akan
diketahui umum
Melainkan jika
mahkamah memerintahkan
Supaya kes itu
didengar secara tertutup
|
Maklumat di atas hanyalah penerangan ringkas untuk pengetahuan asas. Ianya bukan nasihat undang-undang yang lengkap dan terperinci.. Saudara/ i boleh berkunjung ke Pejabat Jabatan Bantuan Guaman yang terdekat.. Untuk alamat Jabatan Bantuan Guaman yang berdekatan.. Sila klik sini..
Semoga sedikit perkongsian di atas dapat membantu saudara/ i menyelesaikan pertikaian ataupun perbalahan dengan lebih terpelajar dan beradab.. Sekiranya terdapat sebarang pandangan mahupun komentar.. Sila hantarkan ke azhaari@icloud.com
Selamat Tahun Baru 2015
Alhamdulillah..
Syukur masih bernafas lagi di tahun 2015.. Banyak perkara dan kenangan manis ataupun pahit yang telah dilalui pada tahun 2014.. Alhamdulillah masih tabah dan cekal.. Tanpa disedari.. Hari nie dah masuk hari yang ke-16 di tahun 2015. Rasa nyerr masih tak terlewat lagi untuk wish selamat tahun baru 2015. Semoga azam tahun lepas telah tercapai dan sekiranya masih ada yang belum dapat dilaksanakan.. Boleh lerr tambah dalam list tahun 2015.. Hehehe...
Syukur masih bernafas lagi di tahun 2015.. Banyak perkara dan kenangan manis ataupun pahit yang telah dilalui pada tahun 2014.. Alhamdulillah masih tabah dan cekal.. Tanpa disedari.. Hari nie dah masuk hari yang ke-16 di tahun 2015. Rasa nyerr masih tak terlewat lagi untuk wish selamat tahun baru 2015. Semoga azam tahun lepas telah tercapai dan sekiranya masih ada yang belum dapat dilaksanakan.. Boleh lerr tambah dalam list tahun 2015.. Hehehe...
Subscribe to:
Posts (Atom)
Disclaimer
Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.