28 May 2014

Tuntutan Sivil.. Penting kerr Laporan Polis??

Actually penulisan kali ini lebih kepada perkongsian pengetahuan.. Sekira nyerr ada cacat dan cela.. Harap ditegur dan emailkan kepada saya di azhaari at icloud dot com atau tinggalkan teguran di ruangan komen di bawah.. :)


Kisah Kemalangan 6 Tahun Lepas

Ada seorang hamba allah.. Kawan kepada abang aku.. pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 2008.. Kemalangan melibatkan van kawan abang aku dan sebuah motorsikal seorang pelajar berumur 16 tahun.. Kawan abang aku nie Abu ( bukan nama sebenar ) ingin masuk ke simpang sebuah kampung di negeri Johor.. Abu telah berikan isyarat untuk masuk simpang berkenaan.. Tetibe Abu terdengar bunyi dentuman dibelakang van beliau.. Abu menyedari van tersebut telah dilanggar oleh sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Ahmad ( bukan nama sebenar ). Ketika itu Abu menyedari Ahmad mengalami kecederaan.. Abu membawa Ahmad ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.. Abu menanggung kos rawatan dan telah menghantar Ahmad ke rumah keluarga nyerr.. Abu telah menerangkan peristiwa yang berlaku kepada ahli keluarga Ahmad dan ianya diterima baik oleh keluarga Ahmad kerana mereka menyedari ianya adalah kesilapan Ahmad dan keluarga nyerr yang membenarkan Ahmad menunggang motorsikal milik ayah nyerr tanpa lesen memandu.. Kemudian nyerr Abu membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut..

Selepas 6 Tahun.. Tuntutan Sivil Menjelma

Minggu ketiga pada bulan Mei 2014.. Abu menerima surat saman dari Mahkamah Majistret di negeri Johor.. Abu diminta untuk hadir ke Mahkamah kerana beliau telah dinamakan sebagai 'Defendan' untuk kes sivil yang menggunapakai doktrin ' Res Ipsa Loquitor ' sebagai asas kes..

Abu jadi gelabah seketika.. Kerana apabila diperhatikan pada surat saman berkenaan.. Ahmad adalah 'Plaintif' yang menuntut gantirugi akibat kemalangan 6 tahun lepas.. Tuntutan yang diminta lebih kepada Gantirugi AM dan peribadi..

Kesimpulan

1. Apabila anda terlibat dalam kemalangan sama ada ianya kecil atau besar.. Elakkan dari cuba untuk menyelesaikan di luar balai polis.. Kecuali anda benar2 yakin tiada perkara berbangkit di masa akan datang.. ( seperti kes di atas.. 'time frame' kes di atas bagi tuntutan sivil adalah selama 12 tahun bagi Semenanjung Malaysia dan 36 bulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan..). Kegunaan laporan polis ini adalah untuk memudahkan pihak polis menentukan pihak mana yang bersalah dan perlu dikompaun.. Selain itu juga.. Laporan ini memainkan peranan penting.. Laporan boleh dijadikan rujukan bagi Pihak Insurans atau Pihak Lain ataupun untuk tujuan siasatan.. Bagi kes di atas.. Keputusan siasatan tiada dalam rekod.. ( pelik bin ajaib kan?? ).. dan lagi pelik.. Kes di atas tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah majistret di Malaysia tetapi tuntutan sivil dah boleh berjalan..

2. Pastikan kenderaan anda dilindungi oleh Insurans 1st Party.. Jangan sesekali mengambil Insurans 3rd Party walaupun kereta anda telah tiada hutang di mana-mana Bank. Ini kerana, sekiranya berlaku seperti kes di atas.. Anda tidak perlu risau walaupun pada hakikat nyerr manusia mana yang tak terkujat walaupun sekejap apabila menerima saman.. Ini kerana.. Kebiasaan nyerr.. Kes seperti ini akan menuntut gantirugi berkenaan dari Pihak Insurans yang melindungi kenderaan anda..

3. Sekira nyerr anda dapat surat saman atau apa jua notis yang melibatkan perundangan.. tetapi anda tidak tahu untuk merujuk kepada siapa.. anda boleh berkunjung ke Jabatan Bantuan Guaman ataupun mana-mana firma guaman untuk mendapatkan nasihat perundangan yang bernas.. Boleh rujuk laman web Bar Malaysia untuk mendapatkan direktori peguam yang praktis di Malaysia..

P/S: Perlu diingatkan.. Apa jua coretan di atas adalah pengalaman yang lepas.. dan anda perlu tahu.. pengamal undang-undang dan pelajar undang-undang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.. Ianya dibezakan melalui pengalaman dan pengetahuan kes yang berlaku.. Bukan nyerr dari Teori.. dan mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam sesi perkongsian pada entry ini.. dan maaf jugak sebab menggunakan bahasa rojak.. ini kerana saya beranggapan ianya lebih mudah di hadam dan difahami berbanding menggunakan bahasa melayu yang teratur.. Hehehe..

Semoga pengetahuan di atas sedikit sebanyak dapat membantu saudara/i di masa akan datang..

0 comments:

Post a Comment

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.