25 August 2012

Semua dalam satu..

Alhamdulillah.. Masih lagi bernyawa di Bulan Syawal 1433H.. Terima kasih ya allah.. Raya tahun nie dapat beraya bersama keluarga baru.. Terima kasih kerana menerima kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga mak abah..

Sebenar nyerr aku dah lama tak update blog nie sebab nyerr aku sangat lerr sibuk.. Itu adalah salah satu sebab nyerr.. Selebih nyerr biar lerr aku rahsiakan.. Untuk 'entry' kali nie.. Aku nak sentuh sedikit mengenai 'Tolong Menolong'.. Tiada niat untuk menyinggung mana2 pihak.. Sama ada secara langsung atau tak langsung.. Hanya untuk renungan bersama agar tak menindas orang lain..

Tolong menolong adalah satu amalan atau perbuatan yang dituntut dalam islam mahupun agama lain.. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan berbeza-beza.. Kelebihan kita dalam sesuatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukannya.. Tapi itu tak bermakna kita dibolehkan untuk mengambil kesempatan atas kelebihan tersebut..

Sebagai contoh, sekiranya kawan memerlukan pertolongan dari segi kewangan.. Kita cuba bantu yang mana terdaya dengan syarat wang yang dipinjam hendaklah dipulangkan.. Yerr lerr.. Dah pinjam.. Kena pulangkan semula.. Bila proses nie berlaku.. secara tak langsung 'janji' telah termeterai.. So.. kita dah 'pinjam' dan 'janji'.. Bermakna perkara tersebut adalah wajib untuk si peminjam laksanakan.. Adakala nyerr si 'peminjam' perlu meletakkan diri nyerr di tempat orang yang memberikan pertolongan tersebut.. Adakah dengan pertolongan yang diberikan itu tidak akan menyusahkan atau membebankan dia.. Pertolongan ini tidak terhad kepada kewangan sahaja.. Malahan pertolongan dari segi tenaga juga tergolong dalam tue..

Hurrmm.. Aku nak kupas lebih mendalam lagi.. Tapi memandangkan mata dah letih dan tenat sangat.. Aku amat berharap sekiranya di masa akan datang aku dapat memberikan pertolongan kepada yang memerlukan dan berharap sekiranya di masa akan datang aku mengalami kesulitan agar ada pertolongan dari Allah untuk memudahkan segala nyerr untuk ku..


p/s: Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

2 comments:

Dwen said...

Yup ... tolong menolong sesama kawan dan insan tanpa mengira agama dan bangsa..nice advice doc. sape yg pinjam x pulang balik tu.. :)

..:: azhnor ::.. said...

Untuk ingatan bersama.. Adakala nyerr kita lupa dan terleka.. Kesenangan atas kesusahan orang lain takkan berkekalan.. Semoga kita sentiasa dilindungi dan diberkati Allah..

Post a Comment

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.