30 June 2014

Laporan Polis & 'Kaveat'..

1 comments
Print Screen dari iPhone



Seawal pagi tadi dah dapat sms dari Abang Izwan.. Abang angkat aku kat penang.. Dia ajukan pertanyaan berkenaan dengan RTM ** Refer to Magistrate**..

Pendahuluan

Sudah menjadi lumrah.. Apabila kita ingin menjual tanah.. Keuntungan dan tawaran yang lebih tinggi adalah menjadi sasaran utama.. Ali telah mengiklankan hasrat beliau untuk menjual tanah berkenaan.. Selang beberapa hari.. Ali telah dihubungi En Rizwan.. dengan menawarkan harga 100K.. Ali menyuarakan yang ia perlukan masa untuk berfikir.. Dalam tempoh berfikir itu.. Ali telah didatangi oleh En Nizam dengan menawarkan harga sebanyak 200K.. Harga berkenaan lebih tinggi daripada harga sebelum ini.. Dengan itu, Kata sepakat telah dicapai.. Ali telah membuat keputusan untuk menjual tanah miliknya itu kepada Nizam dengan harga 200K.

Permasalahan

Proses penjualan tanah tidak berjalan seperti yang dirancang.. Ini kerana.. Tanah berkenaan telah di'kaveat'kan oleh Rizwan.. Dimana dalam 'Kaveat' berkenaan menyatakan Ali telah bersetuju untuk menjual tanah berkenaan kepada Rizwan.. Ianya juga menyatakan bahawa Rizwan telah membayar wang pendahuluan bagi harga tanah berikut.. Ali terkejut kerana seingat beliau.. Ali tidak menerima sebarang transaksi pembelian tanah dan dia tidak pernah berjanji untuk menjualkan tanah berkenaan kepada Rizwan.. Ali membuat laporan polis kerana mempercayai ada unsur penipuan dan cuba memperbodohkan kerajaan dengan 'kaveat' palsu..

Kepentingan Laporan Polis

Dalam mana-mana situasi seperti kemalangan, kematian, kecurian atau apa jua keadaan. Laporan polis yang dibuat perlu JELAS.. Tujuan laporan dibuat.. Pihak / harta benda yang terlibat.. Fakta seperti masa, tarikh dan tempat kejadian.. Jika ianya untuk siasatan.. Penutup bagi laporan berkenaan perlulah seperti ini " Tujuan laporan ini dibuat adalah untuk siasatan pihak polis.. Sekian laporan saya.." dan sekiranya ianya adalah sebagai peringatan.. Ianya juga perlu dinyatakan seperti ini " Tujuan laporan ini dibuat adalah sebagai peringatan di masa akan datang. Sekian laporan saya".. Begitu juga dengan tuntutan insurans sekiranya terlibat dalam kemalangan.. Untuk kes di atas.. Ianya kurang jelas.. Laporan hanya menyatakan beliau mempercayai ada berlakunya penipuan dalam 'kaveat' yang dibuat oleh Rizwan.. dan disebabkan itu.. Pegawai penyiasat telah mengeluarkan nota "RTM" Refer to Magistrate..
RTM

Apabila RTM.. Kes ini hendaklah dihujahkan dihadapan Majistret.. Ali sebagai 'Plaintif' perlu membuktikan berlakunya penipuan terhadap 'kaveat' berkenaan.. Ali boleh melantik peguam sebagai wakilnya untuk mendakwa Rizwan.. Sekiranya terbukti penipuan berkenaan.. Majistret akan mengeluarkan perintah tangkapan ke atas Rizwan untuk mendapatkan keterangan beliau..

Apa itu 'Kaveat'??

'KAVEAT' bermaksud sekatan atau halangan.. Ianya adalah satu instrumen / alat / mekanisme yang disediakan oleh undang-undang untuk melindungi kepentingan seseorang ke atas urus niaga hartanah miliknya.

Terdapat 4 (empat) jenis kaveat berdasarkan Akta Kanun Tanah Negara 1965 ( Bab 19 Bahagian 1)

i) Kaveat Pendaftar - Kaveat yang didaftarkan oleh Pendaftar ke atas Dokumen Hakmilik.. Menurut Seksyen 320.. Antara tujuan kaveat jenis ini adalah untuk melindungi hak-hak pemilik tertentu dan juga berkaitan dengan hak-hak kerajaan.. Ianya juga untuk menghalang dari perbuatan / urusniaga 'fraud' ataupun urus niaga yang tidak wajar..

ii) Kaveat Persendirian- Kaveat yang dimasukkan oleh individu atau sebuah badan yang mempunyai kepentingan ke atas pemilikan hartanah tersebut.. (Seksyen 322)

iii) Kaveat Pemegang-Lien- Kaveat yang dimasukkan oleh seseorang individu atau sesebuah badan yang memegang dokumen Hakmilik Hartanah tersebut untuk tujuan tertentu contohnya sebagai cagaran untuk tujuan pinjaman bank.. (Seksyen 330)

iv) Kaveat Amanah- Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar ke atas mana-mana individu atau badan yang memegang amanah ke atas milikan tersebut.. (Seksyen 332)

Kesan Kaveat dari segi Undang-undang ?

Kesan dari segi undang-undang adalah apabila dimasukkan 'kaveat' ke atas sesuatu hartanah itu.. Ianya akan menghalang apa-apa jua urus niaga daripada berlaku seperti menjual.. menggadai atau menyewakan hartanah tersebut..

Bagaimana Kaveat Terbatal ?

'Kaveat' hanya akan terbatal apabila individu yang memasukkan kaveat itu menarik kembali kaveatnya ataupun apabila kaveat telah tamat tempoh.. Contohnya 'kaveat' persendirian ianya hanya bertahan selama 6 tahun..

Siapa boleh lakukan Kaveat ?

Suami / isteri.. Bank.. adik beradik.. adalah individu yang boleh melakukan 'kaveat'..

Mana-mana pihak yang merasakan dirinya ada kepentingan terhadap sesuatu hartanah.. Sama ada tanah atau bangunan.. Dia berhak untuk masukkan 'kaveat' bagi melindungi hak dan kepentingannya..

Sebagai contoh di atas.. Rizwan mendakwa telah membayar sejumlah wang untuk membeli tanah Ali.. Yang telah menyebabkan kesukaran kepada Ali untuk menjual tanahnya kepada pihak lain..

Sekiranya satu urusan pusaka belum selesai.. anda juga boleh melakukan 'kaveat' untuk mengelakkan sebarang salah laku pecah amanah..

Suami isteri yang sedang dalam proses cerai juga boleh memasukkan 'kaveat' bagi mengelakkan apa-apa transaksi.. sementara mahkamah memutuskan pembahagian harta sepencarian..

Selain itu.. pihak bank juga berhak memasukkan 'kaveat' sekiranya mendapati peminjam mencagarkan harta mereka untuk mendapatkan pinjaman.. Di situ terdapat kepentingan terhadap pihak yang meng'kaveat'kan hartanah itu..

Cara untuk Melakukan Kaveat

Cara untuk melakukan kaveat hanya perlu berurusan dengan pejabat tanah sahaja.. Memandangkan hartanah yang dikaveatkan tidak boleh dibuat sebarang urus niaga (jika kaveat tidak tamat tempoh atau ditarik balik)..

Oleh sebab itu, adalah suka untuk dinasihatkan agar anda perlu membuat semakan / carian persendirian di pejabat tanah sebelum membuat keputusan untuk membeli hartanah itu..

Kalau anda ingin membeli rumah lelong yang ada kaveat.. ia agak merumitkan keadaan kerana ia boleh tergadai semula.. untuk mengeluarkan kaveat ini.. ianya mengambil masa selama 2 bulan... sebab itu jika membeli rumah lelong.. tempoh masa diberikan 90 atau 120 hari.. Untuk permohonan mengeluarkan kaveat.. 

Sekiranya transaksi anda terhalang disebabkan wujudnya kaveat.. maka pemilik tanah atau mereka yang menentang kaveat itu perlu membawa perkara ini ke mahkamah dan mendapatkan perintah mahkamah untuk menyelesaikan isu kewujudan kaveat di atas hartanah tersebut.. Dalam hal ini.. anda dinasihatkan untuk melantik peguam bagi mewakili anda.. (seperti kes di atas)..

Harus diingat!! Peguam yang anda lantik untuk mengendalikan Perjanjian Jual Beli anda hanya akan mengendalikan Perjanjian Jual Beli dan / atau untuk mengendalikan pindah milik hartanah yang anda beli.. Sekiranya ada masalah mengenai isu kaveat, anda boleh melantik peguam yang sama untuk mengendalikan isu kaveat ini (sekiranya peguam tersebut bersetuju) atau anda boleh melantik peguam lain.. Ini bermakna ada anda perlu menanggung kos guaman secara berasingan dalam hal ini.. Kos guaman dalam hal ini adalah berbeza.. bergantung kepada peguam / firma yang mengendalikan perkara ini.. Untuk mengelakkan sebarang masalah, adalah lebih baik jika anda mendapatkan “quotation” sebelum melantik peguam mewakili anda..

p/s: sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan.. boleh hubungi mana-mana pejabat peguam atau mana-mana cawangan Jabatan Bantuan Guaman untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut..

19 June 2014

Pos Laju atau Pos Lambat??

0 comments
Print Screen Tracking Result

Hurmm.. Pagi nie agak stress.. Sebab awal2 pagi lagi dah bertegang leher ngan Customer Service Pos Laju disebabkan item yang aku tunggu masih tak sampai lagik.. 11hb Jun tue cousin kat pahang hantar barang dan alamat ditujukan ke Kota Kinabalu.. Keesokan hari nyerr aku check kat website Pos Laju untuk track maklumat dan info parcel yang sepatut nyerr dah ada di website berkenaan.. Agak mengejutkan dan memeranjatkan ( tapi xde lerr sampai kena heart attack okay!!).. parcel berkenaan telah di hantar ke Pos Laju Labuan.. ehh.. tau pulak Pos Laju nie aku ada kat Labuan.. So aku decide untuk ke Pos Laju Labuan untuk collect item berkenaan sebab kebetulan dah berada di Labuan..

Setiba nyerr aku di sana.. Aku difahamkan item berkenaan dengan no rujukan yang tertera di atas tiada dan tidak pernah sampai ke Pos Laju Labuan.. **Aikk.. Ko main2 kerr nie mambang?? awat korang nie PROPA sangat?? aiyoookkk.. menyirap darah tau tak... kerja memain toll lerr..**

Aku macam biasa lerr.. bila kesabaran teruji.. Mula lerr kata2 sinis dan laser aku keluar.. ( walaubagaimanapun.. kesopanan dan kesantunan dan kesusilaan masih ditahap yang tinggi okay!! dan semua perkataan yang terkeluar dari mulut hanya berdasarkan fakta tanpa ada sebarang auta okayy..!!!) Ada lerr dalam 1/2 jam meleter kat Pejabat Pos Laju tue... ( aku rasa akak tue pun dah tension sebab awal pagi dah kena laser ngan aku yang memang seorang kaki laser.. maafkan saya akak !! :) )

Kemudian aku buat complaint kat 1-300-300-300.. Customer services tue kata ada berlaku kesilapan teknikal.. Diorang akan check semula di mana parcel aku berada.. Huhuhu.. Tension jugak dibuat nyerr.. Jam 11 pagi ini aku dapat panggilan telefon dari Pengurus Pos Laju Kota Kinabalu diikuti dengan panggilan telefon dari Pengurus Pos Laju Labuan.. Kedua2 nyerr menyatakan item berkenaan berada di Jitra, Kedah.. " Haishhh.. Awat lagu tue cek oii?? awat item tue nak balik kampung cek oiii.. mana tau cek asal sana?? aku mula lerr nak merapu meraban macam nie.." item berkenaan dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu.. dan insyaallah petang nanti akan tiba ke rumah.. Aiyoook.. nak mengamuk jerk rasa nyer.. Nasib lerrr perkataan "maaf " tak henti2 keluar dari mulut pengurus2 nie.. xpe lerr.. benda dah jadi.. tapi kalau ikutkan hati.. nak jerkk tuntut permohonan maaf kat media masa.. boleh?? ahaksss.. artis sangat kan.. hahaha...

Aku amat berharap perkara seperti ini takkan berulang lagi.. sebab aku tak nak kumpul dosa kering.. dan letih menunggu item yang tak kunjung tiba.. kerja jangan main2.. fokus sikit.. xde lerr berlaku nyerr kesilapan macam nie.. yang ianya masih boleh dielakkan sekiranya tumpuan tue tak terganggu.. kan dah jadi Pos Lambat.. 

10 June 2014

Letih Badan + Letih Otak = Kombinasi Hebat..

0 comments
Few days ago.. I felt a little dizzy.. Not really like a headache but something yang buat aku rasa macam mabuk.. pitam.. The worst thing is.. aku asyik muntah selepas makan.. x kisah lerr.. breakfast kerr.. lunch kerr.. dinner kerr.. mesti akan keluar.. apa jerk makanan atau minuman yang masuk ke dalam tekak ku.. mesti akan keluar.. paling lama bertahan.. 30 minit.. lepas tue keluar membuak2..

Bulan lepas dan bulan nie banyak sangat aku berjalan ke sana ke mari.. Letih kat satu tempat x hilang lagi dah merayap ke tempat lain.. Lain lagi sentiasa memikirkan masalah dunia.. haiii.. aku rasa macam nak tarik2 jerk rambut kat kepala nie.. ( kalau botak hensem jugak kan?? hehe.. )

Tengah hari tadi berborak dengan senior officer.. macam biasa.. sesi luahan perasaan.. apa yang dibebelkan memang banyak yang betul.. antara nyerr masalah kerja yang tak pernah nak settle.. masalah nie sama macam yang aku alami.. kalau cuti pun terganggu.. asyik call dan email.. pelik.. macam tak reti nak buat kerja.. agak nyerr kalau owg nie xde.. kerja tak jalan kot..  bila cakap lebih sikit.. ada yang terasa.. ( ko hengat ko jerk yang ada hati dan perasaan yang perlu aku jaga??)

Awal pagi tadi pergi jumpa Dr Airel.. sebab rasa tak sihat.. asyik rasa letih dan nak tido jerk.. kaki pun sakit dan lenguh2.. macam2 test aku buat.. huhuhu.. alhamdulillah semua nyerr ok.. Cuma doktor kata aku letih.. bukan setakat badan yang letih.. otak pun letih.. yupp.. aku akui.. itu lerr agak nyerr otak aku macam tak run smooth jerk kan.. adakala nyerr tak dapat fokus.. huhu..

Owhh yerkk.. antara komen doktor airel.. salah satu nyerr aku tak jaga pemakanan.. kurang minum air kosong ( sebab urine test tadi tunjukkan stone/ crystal dah terbentuk a.k.a batu karang.. huhuhu..) Kandungan Oksigen dalam Sel darah merah kurang.. sentiasa berpeluh walaupun tak melakukan aktiviti sukan.. dan sentiasa stress dan terus stress.. How to overcome ea?? .. Hadoiii…

Dan saranan encik doktor kepada aku agar jaga pemakanan.. makan ikut waktu.. jangan main belasah ikut suka ati nenek tiri aku jerk.. kena makan makanan yang seimbang.. banyakkan minum air kosong untuk ‘flush’ toksin dalam badan.. dapatkan rehat yang cukup.. tidur 7-8 jam sehari.. jangan terlebih kata nyerr.. nnt badan naik lesu / lemau.. bukan limau yerkk.. ambil makanan tambahan… dan sentiasa tenang dalam menghadapi tekanan..

Aku harap esok keletihan pada badan dan otak nie hilang dengan segera.. Aku banyak kerja dan urusan yang perlu diselesaikan sebelum bulan puasa.. Harap semua nyerr berjalan seperti dalam peracangan sebelum nie..

Aku akhiri entry malam ini dengan falsafah dari seorang kawan.. "Fake friends are like CADBURRY.. Sweet at the outside.. Babi at the inside"


Damn funny... Muahahahhahahaha.. Wakakaka..

p/s: maaf lerr.. entry kali nie banyak sangat menggunakan bahasa rojak.. melayu campur inggeris.. sebab aku dah tak boleh nak fokus penggunaan bahasa melayu dengan tepat pada kali ini.. hehe...

6 June 2014

Nasihat dari seorang kawan kepada seorang teman...

0 comments


Ingin berkongsi satu nasihat dari seorang kawan kepada seorang teman.. Berbunyi seperti ini 


"When you give your love, give it unconditionally.. love must be unconditional. No condition whatsoever!! Keep giving your love and you must expect nothing in return. No matter what happens, you have a fight, become distant from each other, or even one of you make the horrible mistake of two-timing your partner, you must keep loving. Love her or him no matter what!!! That is true love"

Terima kasih kerana sudi berkongsi nasihat ini.. Rasa nyerr saya dah buat seperti ini.. Harap dia sentiasa memahami dan sentiasa menyayangi diri ini.. 

p/s: dah ngantuk sangat.. tapi tak leh nak lelap..

Menziarahi teman seperjuangan...

0 comments
Bila baca tajuk entry nie agak poyo lak.. Hehehe.. Hurmmm.. actually dah ngantuk gilerr.. tapi still nak update blog.. almaklumlah.. kat sini akses ke internet lebih mudah.. hehe.. 

Bertolak dari Damansara ke Sepang lebih kurang jam 9.15malam.. Sampai kat rumah Mohd Lazim lebih kurang jam 11malam.. Terbaekkk kan?? Hahaha.. Sebab sesat ntah ke mana2 tah.. Hahaha.. Google Map punya salah kata nyerr.. Then tukar guna waze.. alhamdulillah.. sampai jugak kat rumah yang bernilai ratus ribu kat Desa Indah Putra, Nilai.. 

Terima kasih kat wife ko sebab sediakan spaghetti dan sosej serta nugget.. alhamdulillah.. dapat juga aku datang ke rumah ko.. jadi takde istilah kekecewaan akan terpakai.. dipendekkan cerita.. berbual mmg selamba badak.. ditambah lagi dengan air bujang dan makanan bujang ko yg best.. Insyaallah next time dah boleh jadikan rumah ko sebagai transit.. Hahaha..

Anyway thanks sekali lagi sebab invite aku datang dan untuk wife ko yang masakkan aku makanan bujang nie.. Semoga persahabatan ini terus kekal hingga ke hujung nyawa.. 

p/s: maaf lerr.. ayat agak tak teratur.. sebab dah ngantuk sangat.. tapi masih beria2 untuk update..

Kesian kat tuan rumah.. Mata dah ngantuk.. Hehe..

5 June 2014

Borneo Ke Semenanjung...

0 comments
Alhamdulillah.. Akhir nyerr sampai jugak kat KL.. Letih jugak.. Berat jerk mata nie.. Tapi jap lagi nak keluar.. Ke rumah kawan.. Yupp.. Mohd Lazim.. Kalau tak datang nnt.. Dia kecewa pulak kata nyerr.. Sebab dia dan wife dia dah masak.. Huhu.. Jap lagi yerk.. Kat dalam flight tadi makan ayam ngan potato kata nyerr.. alhamdulillah.. sedap.. cuma brocoli nyerr terlebih masak.. menyebabkan tekstur nyerr terlalu lembik.. anyway flight yang kurang best.. sebab sentiasa ada turbulence.. 


Chicken with baked potatoes.. 

4 June 2014

Hari yang mengantuk kan...

1 comments
Pagi nie ngantuk gilerr.. gilerr pun tak ngantuk macam aku.. hahah.. Sebab semalam tido kul 4.15pagi.. Hahaha.. mmg mata macam panda jerk ari nie.. sebab apa?? Sebab aku habiskan untuk membaca sebuah novel.. Best gilerr citer nyerr.. Kisah nyerr hampir sama dengan diriku.. Huhu..

Mengalir keluar juga airmata baca kisah nie..

Kemudian jam 5.50pagi dah terjaga..Sebab iPhone bising memekak dengan alarm.. Nak tak nak.. Kena bangun.. Mandi dan solat subuh.. Kemudian iron baju dan seluar.. tetibe hujan lebat.. ya allah.. rasa macam nak tido semula.. cuaca sejuk di tambah lagi dengan aircond.. confirm lena sampai ke petang.. Haha.. tapi bila difikirkan semula.. hari nie last keja.. maybe esok last.. itupun kalau rajin.. haha.. so kentalkan semangat untuk capai kunci kereta dan gerak ke office..

Sepanjang perjalanan ke office.. jalanraya agak lengang.. owhh.. yerkk.. cuti sekolah.. pemanduan hari nie agak santai.. xde keinginan untuk memecut.. lebih kurang 6km lagi untuk sampai ke office.. aku terkujat dengan kebiadapan sekor kereta city.. memecut laju sehingga air terpercik ke cermin depan kereta aku apabila kambing nie melanggar lopak air dengan laju.. tercabar sekejap keupayaan kereta ku.. cissss bedebah cik bedah!! Haha..

Pedal minyak ku pijak sampai ke lantai.. zrrooomm.. meluncur laju meninggalkan kambing tue.. huhuhu.. haishh.. awat lerr aku nie.. melayan karenah kambing tue.. nnt jadi kambing juga.. 

Sampai kat office.. punch in.. kemudian keluar.. breakfast.. order roti bakar ( peanut + susu manis ) mmg sedap.. Amik Dim Sum dan Teh C.. Sambil tue baca email dan sms.. Huhuhu.. mmg banyak lagi kerja nak buat ari nie.. tapi serius.. mmg xde mood.. sebab esok dah nak balik.. 

Roti Bakar + Dim Sum + Teh C ( Susu Cair )
Boarding pass untuk esok pun dah print.


Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.