28 May 2012

Happy Birthday.. =)

0 comments
22.05.2012 lepas adalah birthday Zuraily.. Semoga sentiasa ceria.. panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Waktu nie tak dapat bercakap banyak sebab tengah menderita sore throat.. Apa2 pun semoga gembira dan suka ngan kek yang owg buat tue ea.. hehehe..
Zuraily ngan kek.. =)

cantek x??

Walnut Cheese Cake..

QEH Staff..

QEH Staff..

Ehh.. Tinggi nyerr aku.. =) 

Still tinggi dari yang lain.. hahaha.. =)

Fly.....

0 comments
20.05.2012- Bangun awal sangat pagi tue.. Hahaha.. Awal lerr sangat.. Mujur lerr flight kul 3 petang.. Kejutkan abang noor dan abang aisar.. Diorang kena atta owg petang nnt.. Sebelum tue kena cari makan.. Perut dah berkeroncong okay.. Lastly decide makan R&R mana tah.. On the way ke Airport.. Sampai kat Airport baru kul 1 lebih.. Abang Aisar belanja owg & abg noor kat Starbuck.. ( baik nyerr ati abang aisar nie.. kat genting pun banyak belanja owg.. makan kat R&R pun dia yang belanja.. dia kata nnt bila dia datang KK.. aku kena belanja dia lak.. okay jerkk.. )

Ngan abang aisar.. =)

Ngan abang noor.. =)

Pemandangan diwaktu senja.. Pandangan dari dalam Pesawat.. =)

Jalan Jalan Cari Pasal.. =)

0 comments
Malam 18.05.2012- Owg balik KL.. Rindu nak berjalan2.. Hehehe.. Terima kasih kat abang aisar dan abang noor sebab sudi jemput owg kat Airport.. Sampai2 kat KL.. Singgah jap kat McD sebelum balik rumah.. Sampai jerk kat umah.. Tidoo.. Hahaha.. Penat weii.. Dah lerr tue.. Sabtu tue plan nak ke PD or Melaka.. 

Pagi sabtu 19.05.2012- Pagi tue bangun dan sarapan kat Mimpi Muar, Mutiara Damansara.. Pagi tue terserempak ngan kereta 9434.. No plat kereta yang banyak kenangan manis dan pahit untuk aku.. Apa2 pun semua tue dah jadi kenangan.. Sarapan pagi kitaorang ialah Laksa Johor.. ( yummmy.. ikutkan hati nak jerkk bedal 2 mangkuk.. tapi.. hahaha.. x leh.. nnt gemuk.. ).. Dalam waktu makan tue.. Abang Aisar dan Abang Noor tanya pasal plan nak ke PD or Melaka.. Diorg tanya aku.. Aku decide lerr nak jalan2 kat area yang dekat2 jerkk.. X nak bazir masa kat jalan raya lelame.. Nnt boring dowh.. So decide lerr ke Genting.. Yeahhhh.. Best sangat.. Cuaca sejuk.. kitaorg spend time dalam 4 jam kat Genting sebelum balik KL.. Then malam tue kitaorang keluar lagi ke Downtown Cheras.. Sempat lagi makan steamboat.. 

9434.. Memori terindah..

Laksa Johor, Mimpi Muar, Mutiara Damansara.. ( sedapppp... )

ngan abg noor kat Genting..

abang aisar..owg.. & abg noor..

Space Shot.. Best..

Sangat mengujakan.. Best..

Beratur untuk naik Space Shot..

With abang aisar..

abg noor kata nie steamboat.. betul kerr?? ahahah.. nie kat Downtown Cheras..

Gelang tangan Genting..

Terima kasih kat JLB 8090 kerana membawa kami bersiar2 dengan selamat.. =)

16 May 2012

Cheese Naan..

0 comments

Bila dah lapo nie.. Mula lerr merepek nak makan itu ini.. Tetibe owg terkenang kat cheese naan nie.. Ya allah.. Rasa nyerr nak cari jerk lepas meeting nie abih.. Setakat nie ada 2 tempat yg best.. Kat KL time merewang2 ngn iyra anak pakcik mutalib.. Kedua kat Restoran Taliban kat Inanam,Sabah.. Ya allah.. Kecur air liur.. Siottt... Huhu..

Meeting........ Huhu..

0 comments

Hurmm.. Agak letih hari nie.. Letih disebabkan meeting.. Jam 8.30am dah mula meeting till now.. Input banyak menjurus kepada audit yg bakal datang menerjah ke office lagi 2 minggu.. Ehh.. Tinggal 11 hari lerr.. Ngantuk nyerr.. Dah lerr tue.. X prepare sebarang makanan utk sumbat kat perut yg dah berkeroncong nie.. Huhu..Menci ngn audit.. Sebab ianya menyusahkan hidupku.. Huhuhu...

Sent from Samsung Galaxy Note

10 May 2012

Tak sihat..

0 comments
Arrgghhh.. dah beberapa hari nie rasa tak sedap badan.. x selesa nak duduk.. x selesa nak baring.. boleh kata apa juga benda yang nak owg buat tetap x selesa.. termasuk lerr nak mandi dan tido.. dah lerr tue.. muntah aje.. walhal xde mende pun lagi yang owg makan mahupun telan.. sakitt dowh.. hidung berdarah.. gusi pun berdarah.. huhuhu.. dan paling latest... allergy timbul.. mata bengkak sioot.. mata dapat bukak sikit.. kalau orang tgk.. mengalahkan anak cina yang mata sepet dowhh.. huhuhu..

Tadi cuba nak makan bubur ayam McD.. Hasil nyerr.. Dapat 3 sudu jerkk.. lepas tue muntah balik.. huhuhu.. perut betul2 kosong.. mujur lerr air 100plus yang owg minum tadi x keluar balik.. ( keluar ikut saluran biasa jerkk )..

Esok dah jumaat.. Huhuhu.. Kalau x sihat2 jugak.. nampak gaya nyerr x dapat lerr nak balik esok.. huhuhu.. apa2 pun x dapat.. huhuhuhu.. kan best kalau ada orang jaga time sakit2 nie.. huhuhu..

9 May 2012

Ibuku Sayang

0 comments

Ibuku buta sebelah mata.. Aku benci ibuku… Dia amat memalukanku.. Tugas hariannya ialah memasak untuk pelajar dan guru untuk menyara keluarga kami..
Pada suatu hari semasa di sekolah rendah ibu ku datang ke sekolah untuk bertanya khabar..
Aku sungguh malu.. Mengapa ibu sanggup melakukan ini kepada ku??
Aku tidak pedulikan dia dengan menunjukkan wajah benci kepadanya dan terus lari.
Keesokkan harinya salah seorang rakan darjah berkata, “Eeeee, ibumu hanya ada satu mata!"
Ketika itu aku hanya ingin membenamkan diriku. .Aku juga mahu ibuku hilang dari hidupku..
 
Oleh itu aku berjumpa dengannya dan berkata, “Jika engkau hanya mahu menjadikan diriku bahan ketawa, akan lebih baik ibu mati saja?!!!"
 

Ibuku hanya berdiam diri!!!
 

Aku tidak pun sejenak berhenti dan berfikir akan apa yang telah aku katakan kepadanya kerana aku tengah marah ketika itu.
 
Aku langsung tidak perdulikan akan perasaannya…
 
Aku ingin keluar dari rumah itu…
 
Oleh itu aku belajar bersungguh-sungguh dan akhirnya dapat melanjutkan pelajaran ke Singapura.
 
Kemudian aku berkahwin. Aku membeli rumah sendiri dan medapat anak. Aku amat gembira dengan kehidupan ku.
 
Suatu hari ibuku datang menziarahi ku. Sudah lama dia tidak berjumpa ku dan tidak pernah berjumpa cucunya!.
 
Bila dia berdiri depan pintu anakku ketakutan melihatnya..
 
Aku menjerit kepadanya, “Sanggup engkau datang kesini dan menakutkan anakku!" KELUAR DARI SINI SEKARANG!!!
 
Dengan pantas ibuku memjawap ”Maaf, Saya tersilap alamat” dan terus menghilangkan diri.
 
Satu hari surat jemputan untuk perjumpaan pelajar-pelajar lama sampai ke rumah ku.
 
Oleh itu saya telah memberitahu isteriku yang aku akan pergi untuk urusan perniagaan…
 

Selepas perjumpaan itu, saya telah pergi kerumah usang ibuku hanya untuk ingin tahu!!!.
 
Jiran memberitahu ku yang ibuku telah meninggal.
 
Aku tidak menitis setitik airmata pun!!
 
Jiran itu telah menyerahkan kepada aku sepucuk surat yang ibuku ingin aku membacanya…
 

“Anakku yang dikasihi, Ibu selalu teringatkan kamu setiap masa..
Aku minta maaf kerana datang ke Singapura dan telah menakutkan anakmu. Saya gembira kerana kamu akan datang ke perjumpaan pelajar-pelajar lama.Tetapi ibu mungkin tidak dapat bangun untuk berjumpa dengan mu. Ibu minta maaf kerana sentiasa memalukan kamu semasa kamu sedang membesar.Kamu mungkin tidak tahu….semasa kamu masih kecil, kamu telah mendapat kemalangan dan hilang satu mata........Sebagai ibu, aku tidak sanggup melihat anaknya membesar dengan satu mata..Oleh itu …aku memberi salah satu mata ku kepada kamu…. Aku amat berbangga kerana anak lelaki ku dapat melihat dunia ini dengan mata ibumu ini. 


Dengan kasih kepada mu,

…IBUMU…

 
" Rasullah s.aw. Bersabda, Dia membertahu kamu supaya taat kepada Allah dan rasulNya sentiasa. Selepas itu taatlah kepada ibumu kemudian ibumu kemudian ibumu kemudian ayahmu "
 


p/s: 

Walaupun pada hakikat nyerr…hari-hari adalah hari ibu… marilah kita merenung akan jasa dan  betapa besar nyerr pengorbanan ibu ayah yang telah dicurahkan kepada kita sehingga menjadikan “Siapa kita pada hari ini” .. Sementara mereka masih hidup.. ziarah dan keraplah bertanya khabar.. Kepada yang telah pergi…doakanlah kesejahteraan mereka.. Sesungguh nyerr… ibu dan ayah adalah penyeri hidup yang tiada tandingan nyerr… “Kebanyakan manusia kurang menghargai apa  yang ada di depan mata.. Tetapi.. setelah hilang baru mulut mula menyebut.. kan bagus jika dia ada disisi..”
Selamat Hari Ibu..I Love U…

" Cerita di atas adalah terjemahan dari Bahasa Arab.. Maaf sekiranya ada susunan tatabahasa yang agak lemah.. almaklumlah.. dah lama sangat tak asah kemahiran bahasa arab nie.. "

8 May 2012

Cabaran

0 comments
Hari nie dah masuk hari ke-5 selepas bezday ku.. Tapi still dapat hadiah.. Thanks.. Really appreciate it.. Actually hari nie kurang sihat lagi.. Ambil MC sebab demam panas.. Hidung pun heavy bleeding.. huhuhu.. Nasib PA dah tolong belikan soup nie.. Thanks.. Actually banyak benda nak diluahkan.. tapi ntah lerr.. x nak ada yang terasa hati lagi.. biar lerr owg pendam sendiri.. nak berdiam lerr kot 2-3 hari nie.. huhuhu.. naperr lerr orang x faham apa yang owg rasa.. nak cakap.. orang faham lain dan rasa lain.. mungkin ini lerr cabaran bila usia dah semakin dewasa.. Rindu sangat kat mak dan abah.. Rindu sangat kat diorang.. Kalau diorg ada kan bagus.. Boleh tenangkan hati owg.. Tapi tue semua hanya khayalan owg.. Ibu.. Abah.. Rindu nyerr.. Hebat betul cabaran dan dugaan yang diberikan.. 

Soup yang sedap nie pun dah x rasa apa2.. Huhuhu.. Anyway thanks.. Really appreciate it..

3 May 2012

Baju Raya..

0 comments
Hurmmm.. Masih dalam mood gembira di harijadi ku.. Hahaha.. Jam 3 lebih tadi aku keluar dari office sekejap sebab nak hantar kain untuk buat baju melayu.. Cuak gak rasa nyerr bila hampir 10 buah kedai jahit yang aku pergi dah x terima jahitan.. alasan nyerr takut tak sempat nak siap.. aku mmg cuak yang teramat dah.. 

Kemudian pi lerr kedai yang ke-11.. Tukang Jahir JR.. Pada mula nyerr akak tue mmg x nak terima sebab tempahan mmg dah banyak.. Tersangat banyak.. Sebab akak nie mmg tukang jahit yang paling famous.. sebab kualiti & mutu jahitan nyerr yang xde tandingan.. ( hehehe.. ).. tetibe salah seorang tukang jahit kat kedai tue kenal sangat kat aku.. aku pun apa lagi.. bodek lerr.. gandakan usaha.. alhamdulillah.. akak tue terima disebabkan tukang jahit tue.. yeaaaahhh.. akhir nyerr aku ada baju raya untuk tahun nie.. 2 pasang.. biru turqoise dan hijau pisang.. gembira sangat.. banyak benda yang berjalan lancar di hari jadiku.. hehehe.. 
Resit.

Selamat hari lahir untuk ku.. =)

0 comments
Alhamdulillah.. Hari nie masih lagi menghirup udara di bumi ini.. Dan hari ini adalah ulangtahun kelahiranku yang ke-2*.. Hehehe.. Alamak.. dah tua kerr?? hehehe.. 23 okay.. Semalam nak berjaga untuk terima panggilan2 telefon dari umi dan adik2.. tapi mengantuk dan demam.. Dan disebabkan itu.. waktu subuh tadi.. HP segera dicapai.. Wah.. Banyak nyerr misscall dan sms.. Thanks semua.. sebab masih ingat bezdayku..

Kat office tadi ingatkan xde siapa yang tahu.. Tup2 ada gak ucapan bezday dari officemate.. kena belanja makan.. agak simple.. tapi sangat suka.. sebab diorg ingat.. alhamdulillah.. semoga pada usia baru ini.. aku jadi semakin matang dan berfikiran luas..

Terima kasih.. Coklat yang aku gemari.. =)

2 May 2012

Kata-kataku..

0 comments
Hurmm.. Actually banyak yang ingin aku luahkan di sini.. Tapi ntah lerr.. Nak dipendamkan.. Hatiku lak meronta2 untuk diluahkan.. Hurmmm.. Dah cukup 26 jam aku tak tido.. Sebab tak tido jugak lerr hampir xcident jam 3.45 pagi tadi.. Huhu.. Kalau lerr brake keta tadi tak berfungsi.. Alamat nyerr dah arwah lerr aku ari nie.. Susah gak kalau satu pihak jerk yg terlalu berhati2.. Satu pihak lagi bawa keta selamba badak.. Mcm jalan tue bapa dia yang punya.. Huhu.. 

Sampai kat office.. Ramai yg cuti lg.. Hampir kesemua nyerr akan kembali bertugas minggu depan.. Awat lerr aku rajin sangat nak masuk office ari nie.. Keja2 yg perlu disiapkan dlm minggu nie agak banyak.. Jumaat nie nak cuti sekejap.. Nak jenjalan ke Sarawak..


Sent from Samsung Galaxy Note

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.