22 July 2011

Special Entry...

0 comments
To all my friends... Good bye.. See u next in 2 weeks.. 


Bye.. Bye.. Labuan... Sayonara... :'(

Aku Permata..

0 comments
Hari nie nak share lirik lagu.. Salmah Mentor 5.. Someone ask me to read and understand.. as an extra task for me... huhuhu.. anyway thanks.. sangat bermakna...

Terdampar jauh dihempas badai ku hanyut
Hati merintih terkunci mulut membisu
Perjalanan yang jauh bagai tiada sudahnya
Liku ranjau ku tempuh dalam mencari jawapan

Di sudut kecil hatiku sering berkata
Apa yang terjadi ada hikmah sebaliknya
Ku beranikan diri menongkah arus yang deras
Demi hari esok ku relakan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Kini ku jauh memetik bintang di langit
Berakhir musim dingin kini mekar bunga indah
Tinggallah memori terpahat di dalam dada
Terjawab sudah segalanya
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh ku bangkit semula
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Aku hanya ingin merasa
Kemanisan hidup di dunia yang kudambakan
Tuhan, hanya engkau mengerti
Perjalanan hidup seorang insan
Walau tiada tangan menghulur
Kan ku tetap berdiri teguh
Ku bangkit semula
Hanya titipkanlah doa
Agar permataku terus bersinar
Agar permataku terus bersinar

Sekali lagi..

0 comments
Hurrmmm... Bukan tajuk wayang tue ea.. hanya luahan hati.. hurmm.. ntah lerr.. since petang tadi dah x betul rasa nyerr.. perlu tune balik perasaan dan hati.. ( hahaha.. bila lerr nak refer kat psy nie.. ).. rasa nak delete memory yang x best nie..

Balik dari keja jerkk tadi terus balik umah.. mandi.. solat.. baca yasin.. basuh baju.. makan.. then keluar.. dengan tujuan agar dapat lupakan benda yang x menyeronokkan nie.. huhuhu.. tapi still ingat.. isk2.. tolong lerr.. kena lupakan jugakk.. x mau terluka dan x mau tepuk sebelah tangan walaupun hakikat nyerr leh tepuk sebelah tangan kat atas meja.. dan akan berbunyi.. hahaha..

adoii.. x tahu nak buat apa.. dan dah x tau apa sebenar nyerr tujuan tampalan mengarut nie pada waktu tgh2 malam buta nie... rasa nak keluar dan lepak kat tepi pantai.... yess.. betull.. pantai..

harap suasana malam nie ok.. nak tgk langit till pagi subuh esok....

p/s: mmg memedihkan bila perasaan x sampai pada si penerima perasaan.. ( merepek.. merapu.. meraban dah keh nie... )

21 July 2011

Due date or tarikh akhir....

0 comments
Hurmmm... pasti semua pernah mendengar atau mengalami sendiri 'due date' ini... sama ada untuk tugasan harian, credit card, bil telefon or apa jua.. termasuk lerr nak bersalin.. hehehe.. tapi 'due date' nak cakap kat tampalan nie adalah pasal kak rosnani a.k.a kak nani PA kepada Datin a.k.a Pengarah aku yang sangat efisien..( sebalik nyerr derr)...

Hari nie sepatutnya data-data kena atta ke HQ.. tapi kak nani nie x inform lak.. mentang2 lerr datin xde kan.. dia lerr jadik pengarah.. hahaha.. sengal.. tetibe jam 3 lebih tadi HQ call.. tanya mana data bulan julai?? aku terpinga2 sat... " eh... kak nani x kata apa pun... eh.. orang tua nie dah nyanyuk kerr?? ".. aku pun.. ASTAGFIRULLAH.... data julai x berusik lagi.. xde siapa yang tengok lagi.. mak aih.. nak data entry lagi.. pastue kena siapkan sebelum 4.30 sebab Dato KP nak tgk.. huhuhu..

Aku apa lagi.. " Kak nani.. napa x gi tau data julai x siap lagi?? Datin x pesan apa2 kat akak kerr?? nie yang wat saya naik angin nie.. saya tgk akak nie kecik jerkk tau.. rasa nak telan hidup2 jerkk.." kak nani senyap jerkk...
nak tak nak.. aku, kak nanie, nazri dan muiz siapkan data2 nie.. semua dah mencebik.. huhuhu.. bulan nie betul2 gilerr... Umpama " dah nak berak.. taik dah dekat hujung2 baru nak cari tandas..." ngok ngek tull...


p/s: ada orang pesan.. mulut aku ari nie tersangat laser... so aku minta maaf jerkk lerr.. kalau x nak kena laser.. jangan lerr buat orang lain macam taik.. orang pun ada benda lain nak buat.. dan satu.. ingati lerr tugas2 anda.. fahami fungsi anda dalam jabatan... adioossssssssssssss.. ( mode marah nie... )

20 July 2011

Suka atau jatuh cinta?? Bagaimana nak meluahkan??

3 comments
Tentu masing2 pernah mengalami situasi nie kan?? Aku sendiri bingung.. Apa yang perlu aku buat.. Apa yang perlu aku cakap sekiranya nak meluahkan perasaan tersebut kepada individu yang berkenaan.. sifat kasih dan sayang itu merupakan fitrah dan lumrah seorang manusia...setiap insan pasti mempunyai keinginan utk mencintai dan juga dicintai..Kebanyakan pasangan yang bercinta pastinya bermula dari perkenalan sesama sendiri bukan? Bak kata pepatah.. “Tak kenal maka tak cinta”. Sememangnya cinta itu hadir tanpa kita sedari. Tetapi kita dapat membaca samada seseorang itu sedang dilamun cinta atau tidak. Then aku pun google lerr seperti biasa.. Antara tips-tips yang menarik boleh dikongsikan ialah :-


a) Mulakan dengan perbualan biasa.. Berkenalan antara satu sama lain ( alamak.. aku dah kenal kot individu tue..)

b) Kenal hati budi.. Banyakkan sms dan call... ( Omg.. abih kredit kalau guna prepaid.. Postpaid?? Bil sure melambung tinggi..)

c) Suka pada individu bukan berdasarkan fizikal ataupun material.. Yang penting HATI.. Ha alif ta ya... Terima Dia dengan seada nyerr...

d) Jangan terlau gopoh untuk meluahkan perasaan.. Sabar.. 

e) Memberikan perhatian yang lebih kepada si Dia..

f) Meluangkan masa untuk si dia..

g) Bersifat romantis..

h) Selalu mengingati hal-hal kecil tentang dia.. ( Birthday.. Makanan kegemaran.. Minuman... Benda2 yang disukai.. etc.. )


Cinta oh cinta.. Sesungguhnya ianya memang menyakitkan..

Dan bila ada kekuatan.. Luahkan perasaan dengan seikhlas yang mungkin.. Mungkin akan berlaku penolakan.. Jadi persediaan ke arah itu juga perlu.. Walaubagaimanapun.. Perlu diingati.. Bila ditolak tak bermakna hidup kita telah berakhir.. Mungkin bukan jodoh antara anda dengan dia.. ( Macam aku lerr.. aku dah luahkan.. dah lega.. walaupun jawapan nyerr berbeza dengan yang aku inginkan.. ) Lastly.. aku amik pendekatan untuk menjarakkan sedikit perhubungan antara aku ngan dia.. yerr lerr.. rasa x selesa dan malu.. segan.. Risiko untuk semua.. apa2 pun.. syukur.. aku mmg berani...

19 July 2011

Perfume...

1 comments
Female Set

Male Set

Nak Order?? Klik kat sini

18 July 2011

Sampai bila??

0 comments
Semakin hari semakin serabut kepala nie untuk berfikir.. ntah lerr.. bermacam2 cara ku cuba untuk selesaikan.. harapkan yang terbaik.. tetap jadi sebaliknya.. apa salah ku?? apa yang x ku turuti?? segala nyerr telah ku patuhi.. huhuhu.. semakin hari semakin teruk..

patut kerr ku beritahu mereka?? ntah lerr.. aku x pasti.. ya allah.. bimbing lerr aku ke jalan mu...

17 July 2011

Weekend...

1 comments
Minuman berempat...

14 July 2011

Itulah sayang

0 comments
Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra

Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Tanya sama hati apa asal sayang
Adakah tandanya nampak dipandang
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya
Punya tanda-tanda hubungan mesra
Tanya sama hati pernahkah merindu
Ingat masa lena apa mimpi mu
Masa berjauhan apa nan dikenang
Bila difahamkan itulah sayang
Itulah sayang

Tanggungjawab Sosial

0 comments
From: Nor Azila Ngah [mailto:azila@ppj.gov.my]
Sent: Thursday, July 14, 2011 3:13 PM
To: PA Bahagian Khidmat Pengurusan
Subject: FW: Tanggungjawab Sosial: Kanak-kanak hilang



From: Anita Abu Bakar
Sent: Thursday, July 14, 2011 3:01 PM
To: Perbadanan Putrajaya
Subject: Tanggungjawab Sosial: Kanak-kanak hilang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg Datuk/Tuan/Puan,

Dengan hormatnya dimajukan butiran dan foto seorang kanak-kanak yang hilang sejak 13 Julai 2011. Mohon perhatian dan kerjasama kepada YBhg Datuk/tuan/puan untuk menghubungi ibu bapa mangsa atau Balai Polis berhampiran seandainya ada melihat kanak-kanak ini.

Butiran :

·        Seorang kanak-kanak lelaki berumur 10thn (Darjah 4)
·        Memakai t-shirt sukan berwarna merah berlengan hitam dgn cetakan 'S.K Subang Bestari, Tuah',
·        Berseluar sukan berwarna biru gelap berbelang putih dan berjaket berwarna coklat.
·        Membawa beg sekolah berwarna biru dan hitam.
·        Mempunyai ketinggian lebih kurang 110cm, berambut pendek dan mempunyai tanda parut disebelah kanan kepala.
·        Ayahnya menyedari kehilangan anaknya pada 13hb Julai 2011 diantara jam 6.30 petang ke 7.00 petang.
·        Budak ni dibawa oleh seorang perempuan agak berumur, berkulit agak gelap. Dipercaya warga indon







-------------------------------------------------------------------
Anita Abu Bakar
Unit Publisiti & Perhubungan Awam
Jabatan Perkhidmatan Korporat
PERBADANAN PUTRAJAYA
Aras 4, Bangunan Annexe
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdana, Presint 3,
62675 Putrajaya
Tel: +603-88877215
Fax: +603-88875013
Laman web: www.ppj.gov.my

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.