28 May 2014

Tuntutan Sivil.. Penting kerr Laporan Polis??

0 comments
Actually penulisan kali ini lebih kepada perkongsian pengetahuan.. Sekira nyerr ada cacat dan cela.. Harap ditegur dan emailkan kepada saya di azhaari at icloud dot com atau tinggalkan teguran di ruangan komen di bawah.. :)


Kisah Kemalangan 6 Tahun Lepas

Ada seorang hamba allah.. Kawan kepada abang aku.. pernah terlibat dalam kemalangan pada tahun 2008.. Kemalangan melibatkan van kawan abang aku dan sebuah motorsikal seorang pelajar berumur 16 tahun.. Kawan abang aku nie Abu ( bukan nama sebenar ) ingin masuk ke simpang sebuah kampung di negeri Johor.. Abu telah berikan isyarat untuk masuk simpang berkenaan.. Tetibe Abu terdengar bunyi dentuman dibelakang van beliau.. Abu menyedari van tersebut telah dilanggar oleh sebuah motorsikal yang ditunggang oleh Ahmad ( bukan nama sebenar ). Ketika itu Abu menyedari Ahmad mengalami kecederaan.. Abu membawa Ahmad ke Hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.. Abu menanggung kos rawatan dan telah menghantar Ahmad ke rumah keluarga nyerr.. Abu telah menerangkan peristiwa yang berlaku kepada ahli keluarga Ahmad dan ianya diterima baik oleh keluarga Ahmad kerana mereka menyedari ianya adalah kesilapan Ahmad dan keluarga nyerr yang membenarkan Ahmad menunggang motorsikal milik ayah nyerr tanpa lesen memandu.. Kemudian nyerr Abu membuat laporan polis mengenai kemalangan tersebut..

Selepas 6 Tahun.. Tuntutan Sivil Menjelma

Minggu ketiga pada bulan Mei 2014.. Abu menerima surat saman dari Mahkamah Majistret di negeri Johor.. Abu diminta untuk hadir ke Mahkamah kerana beliau telah dinamakan sebagai 'Defendan' untuk kes sivil yang menggunapakai doktrin ' Res Ipsa Loquitor ' sebagai asas kes..

Abu jadi gelabah seketika.. Kerana apabila diperhatikan pada surat saman berkenaan.. Ahmad adalah 'Plaintif' yang menuntut gantirugi akibat kemalangan 6 tahun lepas.. Tuntutan yang diminta lebih kepada Gantirugi AM dan peribadi..

Kesimpulan

1. Apabila anda terlibat dalam kemalangan sama ada ianya kecil atau besar.. Elakkan dari cuba untuk menyelesaikan di luar balai polis.. Kecuali anda benar2 yakin tiada perkara berbangkit di masa akan datang.. ( seperti kes di atas.. 'time frame' kes di atas bagi tuntutan sivil adalah selama 12 tahun bagi Semenanjung Malaysia dan 36 bulan bagi Sabah, Sarawak dan Labuan..). Kegunaan laporan polis ini adalah untuk memudahkan pihak polis menentukan pihak mana yang bersalah dan perlu dikompaun.. Selain itu juga.. Laporan ini memainkan peranan penting.. Laporan boleh dijadikan rujukan bagi Pihak Insurans atau Pihak Lain ataupun untuk tujuan siasatan.. Bagi kes di atas.. Keputusan siasatan tiada dalam rekod.. ( pelik bin ajaib kan?? ).. dan lagi pelik.. Kes di atas tidak pernah dibicarakan di mana-mana mahkamah majistret di Malaysia tetapi tuntutan sivil dah boleh berjalan..

2. Pastikan kenderaan anda dilindungi oleh Insurans 1st Party.. Jangan sesekali mengambil Insurans 3rd Party walaupun kereta anda telah tiada hutang di mana-mana Bank. Ini kerana, sekiranya berlaku seperti kes di atas.. Anda tidak perlu risau walaupun pada hakikat nyerr manusia mana yang tak terkujat walaupun sekejap apabila menerima saman.. Ini kerana.. Kebiasaan nyerr.. Kes seperti ini akan menuntut gantirugi berkenaan dari Pihak Insurans yang melindungi kenderaan anda..

3. Sekira nyerr anda dapat surat saman atau apa jua notis yang melibatkan perundangan.. tetapi anda tidak tahu untuk merujuk kepada siapa.. anda boleh berkunjung ke Jabatan Bantuan Guaman ataupun mana-mana firma guaman untuk mendapatkan nasihat perundangan yang bernas.. Boleh rujuk laman web Bar Malaysia untuk mendapatkan direktori peguam yang praktis di Malaysia..

P/S: Perlu diingatkan.. Apa jua coretan di atas adalah pengalaman yang lepas.. dan anda perlu tahu.. pengamal undang-undang dan pelajar undang-undang mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza.. Ianya dibezakan melalui pengalaman dan pengetahuan kes yang berlaku.. Bukan nyerr dari Teori.. dan mohon maaf sekiranya ada kekurangan dalam sesi perkongsian pada entry ini.. dan maaf jugak sebab menggunakan bahasa rojak.. ini kerana saya beranggapan ianya lebih mudah di hadam dan difahami berbanding menggunakan bahasa melayu yang teratur.. Hehehe..

Semoga pengetahuan di atas sedikit sebanyak dapat membantu saudara/i di masa akan datang..

26 May 2014

Update :: Ringtone MP3 Luaskan Kuasamu Johor

0 comments
Actually xde keja ari nie.. sebab nyerr kurang sihat.. dan lepak kat rumah.. tetibe terfikir nak buat projek menggunakan MacBook Air yang baru nie.. Almaklumlah.. x explore lagi keupayaan MacBook Air nie..

Lastly.. Nie lerr hasil nyerr.. Lagu nie diperolehi dari Bazaar Karat, JB.. Yang dinyanyikan oleh Kumpulan yang tak pasti nama kumpulan nyerr.. Hehe.. Anyway nak share kat semua.. Maybe ada yang tahu nama kumpulan nie...

Sila Klik Link nie untuk ringtone-->> Luaskan Kuasamu Johor

Best..
Best..

Syabas..

UPDATE::

Actually ada someone yang bertanya ringtone nie untuk iPhone.. so dipermudahkan untuk saudari.. terima kasih sebab berminat..

Sila klik link ini untuk iPhone user's ---->> Luaskan Kuasamu Johor (iPhone)

14 May 2014

Alhamdulillah.. Syukur..

0 comments
Lastly... Cik Sylphy kembali beraksi.. Ya Allah.. Permudahkan lerr urusan hidup ku selepas ini... Jauhkan lerr sebarang musibah.. Berkati hidupku dan orang2 disekeliling ku.. Aminnnn...

Cik Sylphy.. Sila berkhidmat dengan baik yerkk..

I luv u Syl..

Hehehe...


Yeah.. Petang nie nak jenjalan..


Sila abaikan no plat kereta ittew.. Hehe..

Aku telah pulih.. tapi tiada lagi v-kool yang melindungiku.. 

Insyaallah.. Esok nak adjust tinted untuk cermin belakang nie.. Harap semua nyerr dipermudahkan.. Hehehe..

Halal atau Haram??

0 comments


Minuman kegemaran ketika kebosanan melanda... :)
Hurmm.. Saya terpanggil untuk memberikan sedikit pendapat peribadi berlandaskan fakta yang ada.. Sebab dikala ini.. Ramai yang suka 'forward' 'memforward' sms/whatsapp/wechat dan sebagai nyerr yang menyatakan makanan itu halal @ haram..

Seperti tadi.. ada seorang teman dalam whatsapp memajukan info yang menyatakan minuman dan makanan di starbucks menggunakan campuran yang tidak halal.. dan kata nyerr telah disahkan HARAM oleh JAKIM.. bila ditanya dari sumber mana ianya diperolehi?? ringkas jawapan nyerr 'facebook'.. Aiyookk.. pakcik/ makcik.. kalau setakat facebook.. baik lupakan jerkk..

Nah.. saya sertakan laman sesawang yang boleh digunakan untuk merujuk perkara ini..

Klik Sini-->Halal Jakim

Laman Sesawang Halal Malaysia..

Carian ke atas nama 'starbucks'.. Alhamdulillah.. Semua premis starbucks ada Sijil Halal..


Kesimpulan nyerr.. Jangan sewenang2 nyerr menjatuhkan hukum halal @ haram hanya berpandukan info dari facebook.. Kemudahan internet ada.. buat carian.. baca.. analisa.. kemudian tentukan.. kan mudah?? xde lerr kumpul dosa kering dengan mudah.. 

Selamat membuat carian.. 

p/s: weekend nie rasa nyerr nak lepak kat starbucks.. sebab keyakinan terhadap ke'halal'an produk dan layanan nyerr yang mesra.. :)

13 May 2014

Gajet ku.. Kehidupanku.. :)

0 comments
Hurmm.. apa yang anda tahu mengenai 'gajet'?? gajet nie biasa nyerr orang merujuk kepada smartphone.. tablet.. dan sebagai nyerr.. aku sendiri ada gajet yang wajib aku bawa kemana sahaja aku travel.. sama ada ianya urusan rasmi ataupun peribadi.. ianya memudahkan urusan harian.. hehe...

Antara gajet yang wajib aku bawa.. Dan hanya ini saja gajet yang aku ada.. :)
Seperti aku.. aku sangat memerlukan macbook air aku untuk bekerja.. akses email jabatan mahupun email peribadi.. iphone pemudah perhubungan dengan teman pejabat mahupun teman rapat.. blackberry untuk keluarga tersayang.. ipod untuk layan muzik ketika boring.. terutama nyerr didalam flight.. nak dapatkan mood untuk lena.. hehe.. ipad untuk surfing secara santai dan modem d-link nie wajib bawa untuk akses wifi mudah alih kepada semua gajet nie..  mujur juga gajet nie semua tak berat mana.. semua nyerr light gittew..

p/s: rasa nyerr nak tambah satu lagi gajet.. tapi apa ea?? hahaha.. gud nite..

12 May 2014

Perbualan duka..

0 comments
Hurmm..

Malam nie rasa sangat tak selesa.. Lastly.. Macam biasa.. Emak lerr tempat mengadu.. Hurmm.. Mujur emak memahami jiwa ku yang mudah tersentuh..

Perbualan malam nie:-

Emak: mohd sihat??
Aku: sihat mak.. Mak masak apa hari nie..
Emak: masak labu dan ikan patin..
Aku: emak.. ngapa yerk.. manusia nie suka menipu dan suka jadi talam bermuka2?? cakap lain.. tapi buat lain..
Emak: pada emak senang jerk.. dalaman orang tue tak halus mohd.. mmg luaran nya cantik.. tapi dalaman nyerr macam tue lerr..ada masalah.. payah emak nak cakap.. biar lerr mohd.. insyaallah nnt mohd ok lerr tue.. x yah fikir sangat.. kalau orang dah suka buat macam tue.. mmg akan terus buat macam tue.. biarkan jerkk lerr..
Aku: Hurmm.. yerr lerr mak..
Emak: mohd tak sihat nie!! penat sangat berjalan tue.. dah lerr..pi rehat.. semalam mak tunggu2 mohd call.. tapi sampai sudah nyer xde.. mak fikir mesti mohd penat.. mak tengah tido kan hazim nie.. dia demam..
Aku: owhhh.. ok lerr mak.. mohd nak tido..
Emak: ok mohd.. jaga diri.. tak payah fikir lagi..
Aku: ok mak.. assalamualaikum...
Emak: waalaikumsalam...

Hurmm.. terima kasih emak.. terima kasih kerana memahami.. terima kasih kerana menyayangi.. buat abang hadi dan elis serta keluarga.. semoga diberikan kemudahan dalam menghadapi musim demam nie..

p/s: nak tido sampai rabu pagi.. boleh x?? hurmmm... rindu kat emak.. x sabar nak balik minggu depan.. nak try test kereta baru... hehe..

11 May 2014

Percutian Singkat ke Alor Setar Part 2..

0 comments
Sambungan dari Part 1.. Hehehe..



Pemandangan Dari Udara.. Kedah Darul Aman..

Meriah nooo.. :)

Buat pusingan sikit.. Hehehe..

Tudiaaa.. Bendera Kedah Darul Aman...

Pemandangan Di Waktu Pagi..

Aman damai.. Best.. Rasa nak berkubang jerkk.. Hehe..

Udara pagi yang segar gittew.. Hehe..

Air tue.. Best kot kalau terjun.. Tapi paksu kata ayaq keroh.. X sesuai.. Haha..

Pulut ngan mangga.. Memang terrrbaeeekkk.. Hehehe..




Percutian Singkat ke Alor Setar Part 1..

0 comments
Alhamdulillah.. Cuti singkat ke Kedah Darul Aman dah berakhir.. Aku kongsikan sedikit gambar yang ada dalam macbook nie.. memandangkan gambar selebih nyerr ada kat dalam iphone yang tak boleh nak transfer out.. Huhu..


Pose.. Hanya melihatkan mata.. Hehehe..

Cantik awan tue... 

Awan seperti gumpalan kapas.. 

kapas2 berterbangan..

Tiba di KLIA2..

Besaq tuee... Hehehe..

Turun kat KL Sentral.. Lunch bersama abg mdnoor dan al-amin...

take picture by monopod.. 
Gerbang KLIA2.. 

Pintu J & K.. Dan banyak lagi pintu.. Ada L.. Ada P.. ( Hanya ini yang aku lihat.. Tapi sebenar nyerr banyak lagi.. Huhuhu)

Skrin yang besaq.. Dan kakitangan KLIA2 yang begitu mesra untuk menunjukkan arah dan laluan..

Luas gilerr..

Penat gak berjalan..

View kat luar..
Lagik... View kat luar..
Lagik.. View kat luar..

Lagik.. View kat luar..

Lagik.. Hahaha..

Playground untuk relax sambil menunggu next flight..

Pintu yang membawa aku ke Alor Setar..

Sappadek sekejap..

Wild Berry Tea..

Pizza... 

Harga agak berpatutan..


Selebih nyerr aku akan update kemudian.. Kurang sihat.. Tengah menunggu flight seterus nyerr pada jam 3.35 petang nnt.. Enjoy the photos..

8 May 2014

Luahan perasaan.. Mengong..

1 comments
Salam khamis...

Saja nak luahkan perasaan.. Kemungkinan ada yang boleh beri nasihat kat aku.. hehe.. ( pasal present dan birthday yang lepas akan aku update selepas entry ini.. )

Alkisahnya macam nie.. Jabatan aku yang berpusat di Putrajaya.. Ada beberapa staf/ pegawai nie adalah anak kepada 'Top Management' @ 'Anak2 Jus' ( Terma nie merujuk kepada anak2 Jusa A,B & C a.k.a Jawatan Utama Sektor Awam ) yang sama level/ gred dengan kami.. 

Ada minah nie.. Anak Jus.. Telefon dan argue sana-sini.. Bila dah explain dengan panjang lebar disertakan 'black & white'.. Masih lagi cuba mempertikaikan kesahihan perkara tue.. Diakhir perbualan.. minah itu melontarkan bait ayat 'I'll ask my father about this' (merujuk kepada bapak dia yang merupakan pegawai atasan kepada pengarah aku..) .. Terkulat2 aku mendengar di hujung talian telefon.. Aiyookk.. Ini macam pun ada kerr?? Aku muhasabah diri seketika.. Dimana silap nyerr penerangan yang aku berikan?? Tapi.. Ada aku kesah?? Haha..  Ini lerr susah nyerr bila anak dan bapa/ mak satu Jabatan yang sama.. Apatah lagi jika mak/bapa berkenaan memegang jawatan tinggi sedikit yang boleh melayakkan kita dibawah nie dilenyek seperti kentang putar..


7 May 2014

Alhamdulillah.. Syukur..

1 comments
Mak aih.. Lama gilerr dah x update blog nie.. Hahaha..

Alhamdulillah... Hari nie dah 07052014.. Dah 4 hari berlalu selepas menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17.. ( Nak perasan muda sket boleh x?? )

Alhamdulillah.. Syukur sebab masih diberikan kesempatan untuk merasai nikmat nyer.. Macam biasa.. Bila tepat jam 12 malam pada 03052014.. Aku menunggu2 ucapan dari keluarga dan kawan2 rapat.. Geng JJCM (whatsapp group).. Geng Sylphy (whatsapp group)..  ( sengals jugak aku nie.. ) Syukur.. Kengkawan masih ingat.. Hehehe.. 

Terima kasih semua nyerr..

Sayang anda semua nyerr.. :)

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.