26 August 2012

Dah sampai borneo..

0 comments
Alhamdulillah aku dah selamat tiba di Borneo pada jam 6 petang tadi.. Aku sampai rumah dalam jam 7 dan terus ambil kereta.. Hurmm.. Agak penat jugak ari nie.. Dan masih terasa bengang sebab 'permaidani' yang aku beli terpaksa ditinggalkan akibat dari ' salah faham' dengan kakitangan airlines.. Nak jugak aku mengamuk tadi.. tapi sebab aku kenangkan ramai lagi kat belakang beratur.. aku diamkan.. tapi diam bukan bermakna aku merelakan apa yang dikatakan oleh 'senior officer' AirAsia tue tadi.. ' Option ' yang diberikan oleh beliau memang terlalu sinis.. Hurmm... xpe lerr..  lupakan seketika.. Esok dah nak kerja.. Harap ada mood untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.. gemilang dan terbilang..

Good night everyone.. Mmmuahh.. I Love u All..

Alhamdulillah...

0 comments
Hurmmm.. Baru selesai packing barang untuk balik esok ke Sabah.. Syukur alhamdulillah segala rancangan bercuti raya dah selesai.. Segala janji, harapan dan impian orang lain mahupun sendiri telah pun lunas.. Paling penting ' rendang ayam ' dan ' ayam masak kicap ' dah pun tertunai.. Hahaha.. Maaf lerr kalau kurang sedap.. Tapi habis gak di makan oleh abang aisar dan abang mat..

Actually esok macam tak nak balik.. tapi keja dah menunggu untuk diselesaikan.. Hehehe.. Lagipun office dah call untuk minta aku agar 'tak bercuti' kecemasan.. Hahaha.. Esok flight jam 3.30pm.. Breakfast esok pagi nak buat nasi lemak.. Tapi santan tak beli lagi.. Maybe esok bangun dan beli kat bawah nie jerk kot.. Kalau bangun awal lerr.. Kalau tak.. Nampak nyerr kena lerr breakfast kat Mimpi Muar.. Laksa Johor yang amat sedap..

Hurmm.. Ok lerr.. Nak cuba untuk melelapkan mata.. Selamat malam semua.. Have a good dream.. =)

25 August 2012

Harapan..

0 comments

Actually mata dah rabak.. Tp nak ulas sikit pasal 'harapan'.. Bila kita memberikan 'harapan' dan 'janji'.. Perlu lerr kita tunaikan nyerr.. Sekira nyerr harapan atau impian itu tak dapat dipenuhi.. Hati dan perasaan akan menyanyikan lagu kecewa sebab pengharapan yg diberikan jauh dari sasaran.. Hurmmm.. Nite for me.. Night for you..IMYSM..Sent from Samsung Galaxy Note

Semua dalam satu..

2 comments
Alhamdulillah.. Masih lagi bernyawa di Bulan Syawal 1433H.. Terima kasih ya allah.. Raya tahun nie dapat beraya bersama keluarga baru.. Terima kasih kerana menerima kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga mak abah..

Sebenar nyerr aku dah lama tak update blog nie sebab nyerr aku sangat lerr sibuk.. Itu adalah salah satu sebab nyerr.. Selebih nyerr biar lerr aku rahsiakan.. Untuk 'entry' kali nie.. Aku nak sentuh sedikit mengenai 'Tolong Menolong'.. Tiada niat untuk menyinggung mana2 pihak.. Sama ada secara langsung atau tak langsung.. Hanya untuk renungan bersama agar tak menindas orang lain..

Tolong menolong adalah satu amalan atau perbuatan yang dituntut dalam islam mahupun agama lain.. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan berbeza-beza.. Kelebihan kita dalam sesuatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukannya.. Tapi itu tak bermakna kita dibolehkan untuk mengambil kesempatan atas kelebihan tersebut..

Sebagai contoh, sekiranya kawan memerlukan pertolongan dari segi kewangan.. Kita cuba bantu yang mana terdaya dengan syarat wang yang dipinjam hendaklah dipulangkan.. Yerr lerr.. Dah pinjam.. Kena pulangkan semula.. Bila proses nie berlaku.. secara tak langsung 'janji' telah termeterai.. So.. kita dah 'pinjam' dan 'janji'.. Bermakna perkara tersebut adalah wajib untuk si peminjam laksanakan.. Adakala nyerr si 'peminjam' perlu meletakkan diri nyerr di tempat orang yang memberikan pertolongan tersebut.. Adakah dengan pertolongan yang diberikan itu tidak akan menyusahkan atau membebankan dia.. Pertolongan ini tidak terhad kepada kewangan sahaja.. Malahan pertolongan dari segi tenaga juga tergolong dalam tue..

Hurrmm.. Aku nak kupas lebih mendalam lagi.. Tapi memandangkan mata dah letih dan tenat sangat.. Aku amat berharap sekiranya di masa akan datang aku dapat memberikan pertolongan kepada yang memerlukan dan berharap sekiranya di masa akan datang aku mengalami kesulitan agar ada pertolongan dari Allah untuk memudahkan segala nyerr untuk ku..


p/s: Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.