31 October 2013

Lemon Chicken...

0 comments
Bahan- Bahan :-

7 ulas bawang merah ( 3/4 ulas ditumbuk dan selebih nyer dihiris)
2/3 potong isi ayam
2 biji telur ayam
Tepung Jagung
Air perahan lemon ( gunakan 1/2 biji lemon )
Gula
Garam
Minyak

Cara-caranya:-

1. Potong isi ayam secara memanjang.. atau ikut suka hati korang lerr.. kemudian, celupkan kedalam telur yang telah dipecahkan.. kemudian salutkan dengan tepung jagung... goreng sehingga kekuningan... 

2. Ketepikan isi ayam yang telah masak.. Tumis hirisan bawang.. goreng sehingga naik bau.. kemudian masukkan air perahan lemon.. masukkan bawang merah yang ditumbuk.. kacau.. kemudian tambah garam dan gula mengikut citarasa anda.. sekiranya inginkan kuah yang banyak.. tambah sedikit air.. dan bancuh sedikit tepung jagung.. dan campurkan untuk memekatkan kuah berkenaan...

selamat mencuba

p/s : nak lagi menarik.. taburkan sedikit bijan.. letak hirisan lemon...

Roti bakar dan request...

0 comments
Roti Bakar.. Sapuan kaya dan susu manis.. Mmg awesome... Hehehe..

Dalam menikmati keenakan roti bakar.. Ada 2 request yang sempat aku baca kat iMessage dan whatsapp.. Satu request resipi ayam masak lemon.. 2nd lak request pasal diet.. Aiiyook.. Nak kata terrer tue... x lerr jugak.. sekadar boleh gitu jerkk... ( x leh lerr nak compete chef wan kann... :) )

Jap lagi aku update yerk.. Nak makan jap... dah lama tak makan nie.. kebulur.. hahaha..

30 October 2013

Ini bukan cobaan.. Ini betul-betul...

0 comments
Cahaya matahari yang mengagumkan...

Entry di petang hari.. Alhamdulillah.. Masih lagi tabah menjalani dan menghadapi cabaran dan liku-liku kehidupan...

Tajuk entry nie kalau kita imbas semula.. ianya dipetik dari cerita melayu.. ce teka.. ce teka.. citer apa.. citer 'Pendekar Bujang Lapok'.. Yerppp.. cerita yang banyak memberikan pengajaran dan dalam masa yang sama ianya menghiburkan hati dengan lawak dan lagak pelakon nyerr..

Actually bukan nak citer pasal cerita melayu nie pun.. Cuma nak perkatakan pasal cabaran dalam kehidupan.. Adakala nyerr ia juga dikenali sebagai dugaan.. Pengalaman.. dan macam2 nama dan istilah lagi.. Ianya terpulang kepada individu yang berkenaan untuk menghadapi nyerr.. dan keberjayaan dan ke'sukses'an misi berkenaan juga bergantung kepada orang disekeliling untuk membantu individu berkenaan mengecapi kejayaan... ( abih lerr.. marah prof.ungku aziz sebab bahasa melayu telah dirogol kesucian nyerr.. hahaha.. )

Hurmmm.. Aku bersyukur.. Ada keluarga yang menyokong apa jua keputusan dalam menentukan hala tuju kehidupan aku.. Bukan setakat satu keluarga... tapi banyak sangat.. Semua nyerr menyayangi aku.. Alhamdulillah.. Terima kasih ya Allah untuk anugerah yang tak terhingga ini... Dan aku.. kena lerr sabar dan tabah.. Insyaallah.. Aku yakin.. pasti akan ada sesuatu di hujung sana yang bermakna untuk aku...


p/s: Insyaallah dalam beberapa hari lagi aku nak update pasal 'Love Charity Camp'.. Harap sangat ada yang sudi menghulurkan bantuan bagi projek yang melibatkan anak2 yatim ini... Luv u all.. 

29 October 2013

Apa yang aku rasa?? Rasa oren??

0 comments
Alhamdulillah... Masih lagi bernyawa dan berpeluang menikmati udara segar hari ini.. Badan terasa letih dan lemau.. Dalam mengharungi kehidupan nie.. Aku teringat kisah yang berlaku dan ianya memberi kesan pada diriku.. 

Imbas semula.. Beberapa tahun dahulu.. Ada seorang hamba allah nie aku kenal disebabkan dia adalah rakan sekerja dan sepejabat aku.. Seawal perkenalan aku.. hamba allah nie sentiasa bergelumang dengan masalah.. Bukan setakat di tempat kerja.. Rumah dan sebagai nyer.. Dari masalah kerja.. Sosial dan paling besar adalah masalah kewangan.. Manusia mana yang boleh hidup tanpa wang @ duit.. Nak masuk toilet pun perlu bayar.. ( toilet kat curve x bayar pun.. ehh.. toilet kat kl sentral pun free.. ) aiyook.. nie perumpamaan jerkk.. 

Dipendekkan cerita.. Hamba allah nie banyak bertanya pasal kerja.. Nak jadi excellent macam mana.. nak tingkatkan kualiti hidup dan termasuk lerr bagaimana nak kawal selia kewangan dia.. Alhamdulillah.. Dari segi kewangan.. Hamba allah nie percayakan aku untuk manage semua nyerr tanpa ada yuran @ fee perkhidmatan yang aku kenakan.. Alhamdulillah.. Dari 15 keping kad kredit.. Hanya tinggal 3 kad sahaja yang betul2 hamba allah nie gunakan.. Bukan setakat tue.. Hamba allah nie dah reti main forex.. saham.. emas.. public mutual.. asb.. dan sebagai nyerr.. ( bangga jugak sebab dapat share ilmu..pengalaman dan uruskan kewangan dia..)

Tapi.. sekarang.. ada perubahan pada diri hamba allah nie.. pertama... aku dah kena khianat apabila ada benda2 sulit di tempat kerja didedahkan kepada pihak yang tak bertanggungjawab.. Kedua.. Aku pernah terdengar dengan telinga aku sendiri.. Hamba allah nie mengaku yang dia dapat keluar dari permasalahan yang dia alami tanpa ada bantuan sesiapa.. dan dengan bangga nyerr boleh pulak dia menasihatkan orang disekeliling nya dengan nasihat yang pernah aku beri kat dia.. Well.. aku takde lerr nak dihargai pun.. nak disanjung bagai.. apatah lagi untuk di kenang.. tapi agak2 lerr.. jangan nak bangga diri yang konon nyerr kau tahu segala2 nyerr.. selok belok semua tue.. Cukup setakat kau ingat bagaimana kau jatuh dan bangun semula.. Dah memadai.. Tak perlu nak tunjuk pandai sangat.. Kau tak pernah pun kerugian macam yang kau canang2kan.. Huhuhu...

Agak2 nyerr lerr kan.. Kalau aku tak halalkan semua knowledge yang aku berikan dekat kau nie.. apa yang akan berlaku yerkk??

Wallahu alam min sawab...

p/s: Mohon terasa yerkk....

16 October 2013

Entry yg ringkas...

0 comments
Esok dah balik semula ke Borneo.. Will miss my family... Thanks for everything.. Love you all..

11 October 2013

CT & JJCM 11.10.13

0 comments
Hurmmmmm....

Hari nie ada CT kat  QEH.. Alhamdulillah... Sampai pada masa yang tepat... Dan syukur tak perlu masa yang lama untuk menunggu... 2/3 minit dah selesai... Tinggal nak tunggu report dalam masa seminggu... Then leh refer kat specialist.. 

Selesai jerkk.. Terus blah dari x-ray... Huhuhu... Tepat 11.30 pagi tadi.. Terus gi lunch kat Sushi King.. Teringin sangat nak makan walaupun dah sedia maklum yang diri ini alah kepada udang, sotong dan ketam... tapi itu semua dibelakangkan... Hehehe....
Ini feveret aku... Salmon...

Bento apa tahh.... Janji melantak...

Benda alah nie membawa semula kenangan lama.. Huhu..

Apa-apa pun terima kasih untuk segala nyerrr......


p/s: Nak mohon terasa macam tak kena.. Jemput rasa... :)

9 October 2013

Arif lagi bijaksana?????

0 comments
Agak lama jugak tak post kat blog nie.. Almaklumlah.. Kekangan kerja dan kesihatan membuatkan blog nie adakala nyerr meriah ngan post x henti2 dari aku.. Ahakss...

Hati nie tetibe tergerak untuk mengatakan sesuatu.. Ianya lebih menjurus kepada pandangan peribadi.. Kemungkinan ada yang bersetuju dan mungkin juga ada segelintir yang tak bersetuju.. Apa2 pun ianya blog aku.. Selagi ianya tak melanggar Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan dan Akta Fitnah 1957.. Aku bebas untuk berkata-kata... Hehehe..

Ianya lebih berupa nasihat.. Untuk diri aku dan mungkin juga untuk kengkawan di luar sana.. 'Aib'.. Apa yang saudara/i tahu mengenai 'Aib'?? Bahasa mudah nyerr ialah 'kelemahan'.. Apabila diperhatikan pada zaman ini.. Orang lebih suka mengatakan 'keaiban' atau 'kelemahan' orang lain.. Sama ada ianya bersangkut paut dengan si 'pengata' ataupun ianya dijadikan bahan untuk 'suka-suka'... Yerr lerr.. Cerita 'keaiban' orang nie boleh buatkan kita tak sedar masa yang berlalu.. Kalau nak bercerita 24 jam 7 hari seminggu sekalipun.. Isu nyerr pasti takkan surut di situ sahaja.. Pasti nyerr akan bersambung dan ada episod khas yang akan menyusul.. Hakikat nyerr.. Si pengata dengan orang yang 'di fitnah' atau 'di aibkan' sebenar nyerr tiada kaitan apa2.. Sama ada kawan.. Apatah lagi dari pertalian darah.. Hanya bersumberkan cerita/ pengalaman dari orang lain yang belum tentu kesahihan nyerr.. Yerr lerr.. Dengan bersungguh-sungguh si 'pengata' berkata ianya mempunyai bukti dan rakan2 yang boleh menyokong 'fakta' berkenaan... Walhal ianya hanya 'hear say evidence' atau dengar-dengar cakap... Sepatut nyerr.. Si pendengar kena jumpa si 'mangsa' yang diperkatakan untuk mengetahui cerita sebenar dan kemudian bandingkan dengan apa yang diceritakan sebelum menjatuhkan apa jua hukuman... Ianya baru lerr adil untuk kedua-dua pihak... Dan selepas itu terpulang lerr ko nak buat apa pun... Nak ignore call.. nak buat alasan ko sibuk kat office.. Ikut suka hati bapa tiri laki emak ko lerr...

Sejujur nyerr aku kecewa dengan keadaan yang baru2 terjadi.. Bukan sekali... Dah 3 kali terkena dalam tahun nie... Punca nyerr?? 'Mulut' orang.. Suka sangat bercerita.. Sehingga tak pasti realiti cerita berkenaan macam mana kan.. Walhal kenal aku pun tak seberapa.. Mujur lerr ramai kawan yang betul2 mengenali diri ini memberikan nasihat yang sangat membina.. Terima kasih kawan.. Untuk aku catatkan nama seorang demi seorang memang agak payah.. Cukup lerr sekadar di ingatan.. Ianya lebih bermakna.. 

Akhir sekali... Apabila ada seorang teman yang sanggup meluangkan masa untuk mu.. menjadi pendengar setia masalah mu walaupun pada masa yang sama ianya mempunyai masalah yang lebih besar.. memberikan kata2 semangat walaupun diri nyerr kurang bersemangat.. Hargai lerr detik2 itu.. 


p/s: Mohon Terasa yerkkkk... ;)
 Ikut

30 July 2013

Bersawang..

0 comments
Hurrmmmm...

Agak lama tak update blog nie.. Hahaha.. Almaklumlah dah terlalu sibuk sehinggakan masa untuk sendiri dah kurang.. Hurrmmm.. Alhamdulillah.. Awal2 tahun nie allah kurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang sukar diluahkan.. Syukur ada ahli keluarga yang menyayangi.. kawan2 yang memahami..

Kemudian ramadhan tiba.. Begitu juga ujian yang tak pernah lekang dari kehidupanku.. Ada orang kata.. Ujian yang datang sebenar nyerr menguji sejauh mana kesabaran kita dalam meniti perjalanan hidup yang mendatang..






Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.