18 December 2012

Di sebalik kisah daun pandan..

0 comments
Hurmmmm... Hari nie teringin sangat nak makan pengat durian.. Hahaha.. Rasa macam mengidam lak kann.. Hahaha.. Balik jerk dari office tadi terus pi cari durian dan beberapa bahan lain.. Alhamdulillah.. Semua nyerr ada.. Kecuali Daun Pandan.. Huhu.. Mana nak cari pun x tau.. Dah hampir ke semua pasar yg jual Daun Pandan telah ku kunjungi.. Argghhhhhhh.. Mmg x jumpa.. Ntah awat tetibe PA bagi idea yg agak bernas dan 60% aku rasa ianya agak gilerr.. Ada patut suruh ronda2 kawasan perumahan dan tengok mana2 rumah yang ada tanam daun pandan untuk kami minta... Hahahahahaahahaha...

Ntah lerr.. Mmg dah xde nasib kot x dapat Daun Pandan.. Tetibe lalu kat kawasan sekolah berdekatan ngn rumah.. Ehhhh.. Ada daun pandan kat tepi pagar sekolah tue weii.. Nasib lerr ada pak guard yg jaga kat depan tue.. Minta lerr dalam 2/3 lembar.. Hahaha.. Siap pak guard leh tanya lagi "naper tak cari siang2 hari" sambil tersengih kambing.. Hahaha.. Pakcik.. Siang hari kami kerja.. Malam2 jerkk kami free.. Hahahaha...

Dah penat mencari sana sini.. Balik jerk umah terus masak.. Dan ini lerrr hasil nyerrr...





3 December 2012

Sedih..

0 comments
Hurmmm.. X tahu nak luahkan bagaimana.. Adakalanya Allah datangkan seseorang dalam hidup kita untuk ajar bagaimana utk kita teruskan kehidupan.. Berikan kekuatan.. Berikan kegembiraan.. Jadikan kehidupan harian kita lebih ceria dan bermakna.. Dan adakalanya datang untuk menguji ketabahan kita.. Hidup sememangnya kompleks.. Bergantung kepada kita bagaimana untuk mengharunginya dan menyelesaikan apa jua masalah yang tiba sama ada ianya disebabkan perlakuan kita ataupun orang disekeliling kita..


Hurmmm.. Orang selalu kata kat aku ' awak bijak menyusun kata2.. petah berbicara '.. tapi bab perasaan nie aku memang failed.. Huhuhu..


Huhu.. Sedih.. Sedih.. Rindu mak.. Rindu abah.. Mak dan abah jugak lerr orang yg sayang kat aku.. Faham apa yang aku rasa.. Huhu.. Nak balekkkkkkkkk..



22 October 2012

Sup Isi Ketam

0 comments
Bahan- Bahan:-

6 Ulas Bawang Putih ( Potong Dadu)
Isi Ketam ( Kuantiti ikut kesukaan masing2)
3 Sudu Makan Minyak Zaitun 
6 Sudu Besar Jagung Manis
2 Biji Telur Ayam
2 Sudu Sos Tiram
1 Sudu Serbuk Lada Putih
4 Gelas Air
1 Sudu Tepung Jagung ( Bancuh dengan Sedikit air )

Cara- Cara:-

Tumis bawang putih dengan minyak zaitun.. Kemudian masukkan air diikuti dengan sos tiram, isi ketam, jagung dan lada putih.. Setelah mendidih.. Masukkan telur yang telah dipukul secara perlahan-lahan sambil mengacau secara perlahan2.. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan sedikit perasa.. Taddaaaa.. Dah siap..

4 September 2012

Layan perasaan..

0 comments
Masa bersendirian adalah masa yang paling berharga dalam kehidupan kita.. Apabila berseorangan banyak benda yang akan menerjah ke dalam minda meminta akal kita untuk berfikir mencari punca, sebab dan kata putus bagi sesuatu perkara.. Adakalanya perkara yang lepas datang satu-satu seperti tayangan ulangan semula.. Menayangkan suka dan duka kehidupan kita di layar serebrum..

Apatah lagi jika diri dalam suasana melankolik.. Hurmmm.. Satu persatu kenangan datang dalam ingatan.. Mata cuba ku pejamkan.. Cuba untuk melupakan kenangan-kenangan lalu daripada terus menguasai fikiran.. Semua nyerr sungguh menyakitkan.. Walaupun antara nyerr ada saat indah dan gembira..

Luka di hati memang sukar untuk diucapkan.. Tidak tergambar betapa perit nyerr.. Meskipun perasaan ibarat telah mati.. Malang nyerr jasad ini masih bernyawa dan nadi masih berdenyut.. Luka itu pasti nyerr akan meninggalkan kesan yang mendalam.. Namun kehidupan mesti diteruskan hingga ke titik yang terakhir..

Hurmmmm.. Lemas.. Nak balik rumah dan tido.. Hari nie mmg tak selesa.. Huhuhu...



--

2 September 2012

Cheese Cake untuk Open House Kat Office esok.....

0 comments

Jom Belajar buat cheese cake yang mudah..

Sila rujuk gambar berkenaan untuk lebih mudah difahami..

Bahan-bahan cheese cake..

Pukul telur sehingga kembang..

Masukkan Yogurt..

Pukul lagi..

Kemudian masukkan cream cheese..

Di ikuti dengan tepung..

Masukkan ke dalam bekas yang telah disapukan butter..

Bakar menggunakan api atas dan bawah.. Dengan suhu 180'C selama 15 minit..

Hati2 dengan kepanasan oven tue tau.. Hahaha..

Jeng-jeng.. Dah siap.. Tinggal nak buat topping nyerr sahaja..

Kesibukan yang amat sangat..

2 comments
Hurmmm...

Penat nyerr.. sangat lerr penat.. huhu.. petang tadi balik labuan.. Alhamdulillah.. Jam 6 petang sampai terus ambil kereta dan shopping sikit barang2 dapur dan bahan2 untuk buat kek.. Lepas tue pergi makan sebelum balik rumah.. Masa nak keluar menuju ke restoran.. Terlihat si putih.. Kesian kat engkau putih.. Disebabkan kesibukan dan tiada masa yang terluang.. Engkau terabai.. Memang nampak sangat kesibukan melanda diriku.. Huhuhu... Esok kot baru aku nak mandikan engkau.. Huhuhu..

Lepas makan terus balik rumah.. Ngantuk pun ada.. Huhuhu..

Kotor nyerr.. Almost 1 month x terjaga.. Huhuhu..

Dah belang2 aku tengok..

26 August 2012

Dah sampai borneo..

0 comments
Alhamdulillah aku dah selamat tiba di Borneo pada jam 6 petang tadi.. Aku sampai rumah dalam jam 7 dan terus ambil kereta.. Hurmm.. Agak penat jugak ari nie.. Dan masih terasa bengang sebab 'permaidani' yang aku beli terpaksa ditinggalkan akibat dari ' salah faham' dengan kakitangan airlines.. Nak jugak aku mengamuk tadi.. tapi sebab aku kenangkan ramai lagi kat belakang beratur.. aku diamkan.. tapi diam bukan bermakna aku merelakan apa yang dikatakan oleh 'senior officer' AirAsia tue tadi.. ' Option ' yang diberikan oleh beliau memang terlalu sinis.. Hurmm... xpe lerr..  lupakan seketika.. Esok dah nak kerja.. Harap ada mood untuk melaksanakan tugas dengan cemerlang.. gemilang dan terbilang..

Good night everyone.. Mmmuahh.. I Love u All..

Alhamdulillah...

0 comments
Hurmmm.. Baru selesai packing barang untuk balik esok ke Sabah.. Syukur alhamdulillah segala rancangan bercuti raya dah selesai.. Segala janji, harapan dan impian orang lain mahupun sendiri telah pun lunas.. Paling penting ' rendang ayam ' dan ' ayam masak kicap ' dah pun tertunai.. Hahaha.. Maaf lerr kalau kurang sedap.. Tapi habis gak di makan oleh abang aisar dan abang mat..

Actually esok macam tak nak balik.. tapi keja dah menunggu untuk diselesaikan.. Hehehe.. Lagipun office dah call untuk minta aku agar 'tak bercuti' kecemasan.. Hahaha.. Esok flight jam 3.30pm.. Breakfast esok pagi nak buat nasi lemak.. Tapi santan tak beli lagi.. Maybe esok bangun dan beli kat bawah nie jerk kot.. Kalau bangun awal lerr.. Kalau tak.. Nampak nyerr kena lerr breakfast kat Mimpi Muar.. Laksa Johor yang amat sedap..

Hurmm.. Ok lerr.. Nak cuba untuk melelapkan mata.. Selamat malam semua.. Have a good dream.. =)

25 August 2012

Harapan..

0 comments

Actually mata dah rabak.. Tp nak ulas sikit pasal 'harapan'.. Bila kita memberikan 'harapan' dan 'janji'.. Perlu lerr kita tunaikan nyerr.. Sekira nyerr harapan atau impian itu tak dapat dipenuhi.. Hati dan perasaan akan menyanyikan lagu kecewa sebab pengharapan yg diberikan jauh dari sasaran.. Hurmmm.. Nite for me.. Night for you..IMYSM..Sent from Samsung Galaxy Note

Semua dalam satu..

2 comments
Alhamdulillah.. Masih lagi bernyawa di Bulan Syawal 1433H.. Terima kasih ya allah.. Raya tahun nie dapat beraya bersama keluarga baru.. Terima kasih kerana menerima kedatangan ahli keluarga baru dalam keluarga mak abah..

Sebenar nyerr aku dah lama tak update blog nie sebab nyerr aku sangat lerr sibuk.. Itu adalah salah satu sebab nyerr.. Selebih nyerr biar lerr aku rahsiakan.. Untuk 'entry' kali nie.. Aku nak sentuh sedikit mengenai 'Tolong Menolong'.. Tiada niat untuk menyinggung mana2 pihak.. Sama ada secara langsung atau tak langsung.. Hanya untuk renungan bersama agar tak menindas orang lain..

Tolong menolong adalah satu amalan atau perbuatan yang dituntut dalam islam mahupun agama lain.. Sebagai manusia yang mempunyai kemampuan berbeza-beza.. Kelebihan kita dalam sesuatu perkara dapat memberi manfaat bukan sahaja kepada diri sendiri bahkan orang lain yang memerlukannya.. Tapi itu tak bermakna kita dibolehkan untuk mengambil kesempatan atas kelebihan tersebut..

Sebagai contoh, sekiranya kawan memerlukan pertolongan dari segi kewangan.. Kita cuba bantu yang mana terdaya dengan syarat wang yang dipinjam hendaklah dipulangkan.. Yerr lerr.. Dah pinjam.. Kena pulangkan semula.. Bila proses nie berlaku.. secara tak langsung 'janji' telah termeterai.. So.. kita dah 'pinjam' dan 'janji'.. Bermakna perkara tersebut adalah wajib untuk si peminjam laksanakan.. Adakala nyerr si 'peminjam' perlu meletakkan diri nyerr di tempat orang yang memberikan pertolongan tersebut.. Adakah dengan pertolongan yang diberikan itu tidak akan menyusahkan atau membebankan dia.. Pertolongan ini tidak terhad kepada kewangan sahaja.. Malahan pertolongan dari segi tenaga juga tergolong dalam tue..

Hurrmm.. Aku nak kupas lebih mendalam lagi.. Tapi memandangkan mata dah letih dan tenat sangat.. Aku amat berharap sekiranya di masa akan datang aku dapat memberikan pertolongan kepada yang memerlukan dan berharap sekiranya di masa akan datang aku mengalami kesulitan agar ada pertolongan dari Allah untuk memudahkan segala nyerr untuk ku..


p/s: Selamat hari raya aidilfitri.. Maaf zahir dan batin..

8 June 2012

Nasihat Terakhir..

0 comments
Alhamdulillah dah sampai kat Kota Kinabalu.. Walaupun hati berat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.. tapi kena jugak kuatkan hati dan semangat untuk menempuh segala yang ada di depan sana.. Sesampai nyerr kat rumah tadi.. Aku terus cari sampul surat yang arwah telah tinggalkan untuk aku dimana ianya hanya boleh dibuka bila aku dah sampai kat KK. Itu pesanan arwah kat enda minggu lepas.. Aku sedih sangat bila baca surat arwah.. Walaupun arwah dah tiada.. Tapi still nasihat dan ingatkan aku tentang segala2 nyerr.. Jasa dan kasih sayang nyer memang tak terkata.. Semoga allah memberkati dan memudahkan perjalanannya di sana..


Antara kata-kata dan pesanan terakhir arwah " Pernahkah mohd berjalan tanpa tujuan dan merasakan apa yang telah mohd lakukan semuanya sia-sia?  Pernahkah mohd berfikir bahawa mohd adalah orang yang paling tidak berguna di dunia ini? Umpama satu titik hitam di atas sekeping kertas putih. Ibaratkan titik hitam itu adalah kekurangan kita. Walhal diluar titik hitam itu ada lembaran putih yang merupakan kelebihan kita. Kadangkala kita lebih sering menyalahkan kelemahan dan kekurangan kita daripada mensyukuri kelebihan kita. Hapuskan airmata penyesalanmu. Tiada gunanya menyesali hal yang telah terjadi. Jadikan sebagai pelajaran berharga untuk bangkit menghadapi masa depan. Bersyukur dan berdoalah. Syukuri apa yang ada. Hargai dan sayangi insan yang menyayangimu. Hormat kepada orang yang lebih dewasa. Semoga pesanan ayah ini dapat menjadikan mohd orang yang lebih dewasa dan matang dalam segala hal. Tiada hal yang berat jika kita berusaha. Ayah percaya mohd boleh. Insyaallah Allah akan permudahkan segala-galanya untuk mohd." 


Terima kasih segala2 nyer ayah. Walaupun kita tiada pertalian darah yang kukuh. Ayah tetap ingatkan owg untuk semua perkara. Owg sayang ayah. Terima kasih untuk segala2 nyer ayah.. Semoga ayah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..




p/s: terima kasih kat kawan2 yang banyak berikan kata2 semangat.. thanks uols..

3 June 2012

Kenduri Kesyukuran

0 comments
26 mei lepas wat kenduri kesyukuran sempena duduk rumah baru.. pembukaan kedai dobi dan dapat tawaran sambung belajar.. Alhamdulillah segala2 nyerr berjalan dengan lancar.. Kedatangan ahli keluarga yang lain amat aku hargai.. Thankss.. I love u all...

kuih muih hasil tangan bonda..

3 jenis lauk.. 
ahli keluarga..

hariz..

lauk pauk untuk dihidang..

santai...


hariz.. nakal sangat..


Tok Yah ngan hariz dan alesya..

along.. dok suap hariz..

alesya pandang apa tue??

hariz nak main kuda2 ea??

awat lerr irfan nie pemalu sangat??

tu dia hariz.. nakal.. =)


kak long..



Tok yah & Tok bah..



28 May 2012

Happy Birthday.. =)

0 comments
22.05.2012 lepas adalah birthday Zuraily.. Semoga sentiasa ceria.. panjang umur dan dimurahkan rezeki.. Waktu nie tak dapat bercakap banyak sebab tengah menderita sore throat.. Apa2 pun semoga gembira dan suka ngan kek yang owg buat tue ea.. hehehe..
Zuraily ngan kek.. =)

cantek x??

Walnut Cheese Cake..

QEH Staff..

QEH Staff..

Ehh.. Tinggi nyerr aku.. =) 

Still tinggi dari yang lain.. hahaha.. =)

Fly.....

0 comments
20.05.2012- Bangun awal sangat pagi tue.. Hahaha.. Awal lerr sangat.. Mujur lerr flight kul 3 petang.. Kejutkan abang noor dan abang aisar.. Diorang kena atta owg petang nnt.. Sebelum tue kena cari makan.. Perut dah berkeroncong okay.. Lastly decide makan R&R mana tah.. On the way ke Airport.. Sampai kat Airport baru kul 1 lebih.. Abang Aisar belanja owg & abg noor kat Starbuck.. ( baik nyerr ati abang aisar nie.. kat genting pun banyak belanja owg.. makan kat R&R pun dia yang belanja.. dia kata nnt bila dia datang KK.. aku kena belanja dia lak.. okay jerkk.. )

Ngan abang aisar.. =)

Ngan abang noor.. =)

Pemandangan diwaktu senja.. Pandangan dari dalam Pesawat.. =)

Jalan Jalan Cari Pasal.. =)

0 comments
Malam 18.05.2012- Owg balik KL.. Rindu nak berjalan2.. Hehehe.. Terima kasih kat abang aisar dan abang noor sebab sudi jemput owg kat Airport.. Sampai2 kat KL.. Singgah jap kat McD sebelum balik rumah.. Sampai jerk kat umah.. Tidoo.. Hahaha.. Penat weii.. Dah lerr tue.. Sabtu tue plan nak ke PD or Melaka.. 

Pagi sabtu 19.05.2012- Pagi tue bangun dan sarapan kat Mimpi Muar, Mutiara Damansara.. Pagi tue terserempak ngan kereta 9434.. No plat kereta yang banyak kenangan manis dan pahit untuk aku.. Apa2 pun semua tue dah jadi kenangan.. Sarapan pagi kitaorang ialah Laksa Johor.. ( yummmy.. ikutkan hati nak jerkk bedal 2 mangkuk.. tapi.. hahaha.. x leh.. nnt gemuk.. ).. Dalam waktu makan tue.. Abang Aisar dan Abang Noor tanya pasal plan nak ke PD or Melaka.. Diorg tanya aku.. Aku decide lerr nak jalan2 kat area yang dekat2 jerkk.. X nak bazir masa kat jalan raya lelame.. Nnt boring dowh.. So decide lerr ke Genting.. Yeahhhh.. Best sangat.. Cuaca sejuk.. kitaorg spend time dalam 4 jam kat Genting sebelum balik KL.. Then malam tue kitaorang keluar lagi ke Downtown Cheras.. Sempat lagi makan steamboat.. 

9434.. Memori terindah..

Laksa Johor, Mimpi Muar, Mutiara Damansara.. ( sedapppp... )

ngan abg noor kat Genting..

abang aisar..owg.. & abg noor..

Space Shot.. Best..

Sangat mengujakan.. Best..

Beratur untuk naik Space Shot..

With abang aisar..

abg noor kata nie steamboat.. betul kerr?? ahahah.. nie kat Downtown Cheras..

Gelang tangan Genting..

Terima kasih kat JLB 8090 kerana membawa kami bersiar2 dengan selamat.. =)

Disclaimer

Whilst every care is taken in the preparation of the information contained in this web portal and blog, no warranty, express or implied is given by the Author or Writer as to the completeness and accuracy of the information given and the Author or Writer are not responsible for any errors or omissions which may occur. In no circumstance will the Author or Writer be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.